Pegawai Yayasan (Bahagian Dermasiswa dan Persekolahan)
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memenuhi jawatan kosong sebagai PEGAWAI YAYASAN (BAHAGIAN DERMASISWA DAN PERSEKOLAHAN) dalam perkhidmatan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan):
Kelayakan Asas:
- Mempunyai Ijazah dalam bidang pengurusan, pentadbiran atau lain-lain bidang yang bersesuaian;
- Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari 3 tahun dalam pengurusan, pentadbiran atau lain-lain yang bersesuaian;
- Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
- Mahir dalam penggunaan peralatan dan perisian teknologi maklumat.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang:
- Mempunyai kemahiran organisasi yang baik untuk menguruskan tugas dan tanggungjawab pentadbiran dengan cekap serta semangat kerja berpasukan;
- Mempunyai sifat ketekunan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dan berkebolehan menyelesaikan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan;
- Mempunyai pengetahuan dan/atau kemahiran dalam bidang Pendidikan termasuk Keagamaan;
- Mempunyai sifat ketegasan dalam membuat keputusan dan cekap;
- Mempunyai integriti yang tinggi dan memastikan kepentingan golongan sasar diutamakan;
- Mempunyai kemampuan merancang dan komunikasi yang baik serta kemampuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang tepat dalam situasi yang mencabar.
Tugas dan Tanggungjawab:
- Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian;
- Merancang dan melaksanakan fungsi, rancangan dan kegiatan Dermasiswa dan Persekolahan;
- Melaksanakan Pengurusan dan Pentadbiran harian serta menyediakan peruntukan tahunan Bahagian Dermasiswa dan Persekolahan yang ‘cost effective’;
- Menyediakan Laporan Bulanan dan Tahunan Bantuan-Bantuan yang dihulurkan melalui Dermasiswa dan Persekolahan;
- Membuat Penyelidikan, Perancangan dan Cadangan mengenai Kemajuan dan Perkembangan Bahagian Dermasiswa dan Persekolahan;
- Menjalin dan mengembangkan perhubungan dan kerjasama dengan agensi-agensi berkepentingan dan rakan strategik Yayasan;
- Meneliti dan Menilai permohonan-permohonan bantuan di Bahagian Dermasiswa dan Persekolahan berdasarkan Garispandu Bantuan-Bantuan dan Sumbangan-Sumbangan Yayasan dengan cekap, jujur dan amanah;
Pemohon-pemohon adalah diminta untuk menghadapkan surat permohonan dengan menyatakan tajuk perkara PEGAWAI YAYASAN (BAHAGIAN DERMASISWA DAN PERSEKOLAHAN) beserta salinan keterangan peribadi, salinan kad pengenalan dan salinan sijil-sijil kelulusan dan kelayakan untuk penelitian ke emel recruitment@yshhb.org.bn
Tarikh tutup permohonan pada Hari Jumaat, 5 Januari 2024