Penolong Pengarah Urusan (Perkhidmatan Projek Khas)

Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon-pemohon yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan berikut di Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Jawatan                     :           Penolong Pengarah Urusan (Perkhidmatan Projek Khas)

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Kelayakan Asas:

  1. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan bersesuaian.
  3. Pengalaman sebagai ketua atau dalam jawatan pengurusan kanan, sekurang-kurangnya 5 tahun. Sebagai rujukan, definasi pengurusan kanan dalam konteks ini adalah seperti jawatan di dalam perkhidmatan awam, dalam sukatan tanggagaji sekurang-kurangnya Kumpulan 2 (B$5,400) atau yang sebanding dengannya di dalam perkhidmatan swasta.
  4. Mempunyai kemahiran asas dalam bidang
    • Teknologi Maklumat.
    • Pengurusan Kewangan dan penyediaan bajet.
  5. Mempunyai pengalaman dalam penyediaan kertas-kertas kerja.
  6. Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang;

  1. Pengalaman sebagai ketua atau dalam jawatan pengurusan kanan melebihi 5 tahun.
  2. kelulusan yang lebih tinggi dari kelulusan yang dinyatakan dalam “Kelayakan asas”.
  3. Kelulusan MBA atau yang sebanding.
  4. kelayakan Profesional dalam bidang yang berkaitan dan / atau keahlian dalam badan Profesional yang berkaitan dan yang diiktiraf.
  5. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang
    • Pengurusan bantuan-bantuan
    • Hal Ehwal Kemasyarakatan
    • Kesenian Islam
    • Lain yang bersesuaian.
  6. Kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab.
  7. Pengalaman dan kemahiran dalam tugas-tugas yang berkaitan dengan kemasyarakatan, pengurusan, pentadbiran, kewangan, dan yang seumpamanya.

Pemohon-pemohon adalah diminta untuk menghadapkan surat permohonan dengan menyatakan tajuk perkara PENOLONG PENGARAH URUSAN (PERKHIDMATAN KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL) atau PENOLONG PENGARAH URUSAN (PERKHIDMATAN PROJEK KHAS) beserta salinan keterangan peribadi dan salinan sijil-sijil kelulusan dan kelayakan ke emel recruitment@yshhb.org.bn  

Tarikh Tutup penerimaan ialah hari Jumaat, 01 Disember 2023.

Tempat Pekerjaan: Brunei
Sorry! This job has expired.