Penolong Pengarah Urusan (Perkhidmatan Kebajikan & Pembangunan Sosial)

Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon-pemohon yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan berikut di Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Jawatan                     :           Penolong Pengarah Urusan (Perkhidmatan Kebajikan & Pembangunan Sosial)

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Kelayakan Asas:

  1. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan bersesuaian.
  3. Pengalaman sebagai ketua atau dalam jawatan pengurusan kanan, sekurang-kurangnya 5 tahun. Sebagai rujukan, definasi pengurusan kanan dalam konteks ini adalah seperti jawatan di dalam perkhidmatan awam, dalam sukatan tanggagaji sekurang-kurangnya Kumpulan 2 (B$5,400) atau yang sebanding dengannya di dalam perkhidmatan swasta.
  4. Mempunyai kemahiran asas dalam bidang
    • Teknologi Maklumat.
    • Pengurusan Kewangan dan penyediaan bajet.
  5. Mempunyai pengalaman dalam penyediaan kertas-kertas kerja.
  6. Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang;

  1. Pengalaman sebagai ketua atau dalam jawatan pengurusan kanan melebihi 5 tahun.
  2. Kelulusan dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan atau dalam bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan.
  3. Kelulusan yang lebih tinggi dari kelulusan yang dinyatakan dalam “Kelayakan asas”.
  4. Kelulusan MBA atau yang sebanding.
  5. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang
    • Kebajikan
    • Sosial 
    • Hal ehwal kemasyarakatan
    • Pengurusan bantuan-bantuan
    • Pengurusan belia dan sukarelawan
    • Lain yang bersesuaian.
  6. Kelayakan Profesional dalam bidang yang berkaitan dan keahlian dalam badan Profesional yang berkaitan dan yang diiktiraf.
  7. Pengalaman dan kemahiran dalam tugas-tugas yang berkaitan dengan kemasyarakatan, pengurusan, pentadbiran, kewangan, dan yang seumpamanya.

Pemohon-pemohon adalah diminta untuk menghadapkan surat permohonan dengan menyatakan tajuk perkara PENOLONG PENGARAH URUSAN (PERKHIDMATAN KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN SOSIAL) atau PENOLONG PENGARAH URUSAN (PERKHIDMATAN PROJEK KHAS) beserta salinan keterangan peribadi dan salinan sijil-sijil kelulusan dan kelayakan ke emel recruitment@yshhb.org.bn  

Tarikh Tutup penerimaan ialah hari Jumaat, 01 Disember 2023.

Tempat Pekerjaan: Brunei
Sorry! This job has expired.