Penolong Pengarah Urusan (Perkhidmatan Kebajikan & Pembangunan Sosial)
Expired on: Jun 10, 2023
Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon-pemohon yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan Penolong Pengarah Urusan (Perkhidmatan Kebajikan & Pembangunan Sosial) di Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Kelayakan asas:
- Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kemasyarakatan / Sains Sosial / Pentadbiran Awam / Pengurusan atau dalam bidang berkaitan dengan hal ehwal kemasyarakatan atau lain-lain bidang bersesuaian.
- Mempunyai minima 10 tahun pengalaman kerja sebagai ketua atau dalam jawatan pengurusan kanan.
- Mempunyai kepakaran, kemahiran dan pengalaman dalam bidang berkaitan Pengurusan Kebajikan dan Pembangunan Sosial, atau lain-lain bidang yang bersesuaian.
- Mempunyai pengalaman dalam penyediaan kertas-kertas kerja untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah.
- Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai ;
- Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang dinyatakan dalam para 1 Kelayakan Asas diatas.
- Kelulusan MBA atau yang sebanding.
- Kelayakan Profesional dalam bidang yang berkaitan dan keahlian dalam badan Profesional yang berkaitan dan yang diiktiraf.
- Pengalaman dan kemahiran dalam tugas-tugas yang berkaitan dengan kemasyarakatan, pengurusan, pentadbiran, kewangan, dan yang seumpamanya.
Pemohon-pemohon adalah diminta untuk menghadapkan surat permohonan dengan menyatakan tajuk perkara PENOLONG PENGARAH URUSAN (PERKHIDMATAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL) beserta salinan keterangan peribadi dan salinan sijil-sijil kelulusan dan kelayakan untuk penelitian ke emel recruitment@yshhb.org.bn
Tarikh tutup permohonan pada hari Sabtu, 10 Jun 2023
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
Tempat Pekerjaan: Brunei
Sorry! This job has expired.