PENOLONG PENGARAH URUSAN (PERKHIDMATAN PROJEK KHAS)

Expired on: May 27, 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon-pemohon yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan berikut di Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Kelayakan asas:

  1. Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
  2. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan bersesuaian. 
  3. Mempunyai minima 10 tahun pengalaman kerja sebagai ketua atau dalam jawatan pengurusan kanan.
  4. Mempunyai kepakaran, kemahiran dan pengalaman dalam bidang-bidang yang bersesuaian.
  5. Mempunyai pengalaman dalam penyediaan laporan dan kertas-kertas kerja.
  6. Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai;

  1. kelulusan yang lebih tinggi dari kelulusan yang dinyatakan dalam “Kelayakan asas”.
  2. kelulusan MBA atau yang sebanding.
  3. kelayakan Profesional dalam bidang yang berkaitan dan / atau keahlian dalam badan Profesional yang berkaitan dan yang diiktiraf.
  4. kepakaran, kemahiran dan pengalaman dalam
    1. membangunkan dan melaksanakan pelan strategik, rancangan dan projek.
    2. memimpin dan memotivasikan pasukan untuk mencapai matlamat dan objektif strategik.
    3. pengurusan dan pengawalan peruntukan dan kewangan.
    4. menguruskan pelbagai projek secara serentak.
    5. mengenalpasti dan memilih metrik-metrik penting dengan keupayaan untuk menganalisis dan mentafsir maklumat berkenaan untuk membuat keputusan terbaik.
  5. Kemahiran kepimpinan, interpersonal dan komunikasi yang sangat baik dengan keupayaan untuk menyatakan visi dan strategi yang jelas kepada semua pihak berkepentingan, dalaman dan luaran.
  6. Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pemohon-pemohon adalah diminta untuk menghadapkan surat permohonan dengan     menyatakan tajuk perkara PENOLONG PENGARAH URUSAN (PERKHIDMATAN PROJEK KHAS) beserta salinan keterangan peribadi dan salinan sijil-sijil kelulusan dan kelayakan ke emel recruitment@yshhb.org.bn

Tarikh Tutup penerimaan ialah hari Sabtu, 27 Mei 2023.

Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
Tempat Pekerjaan: Brunei
Sorry! This job has expired.