Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Dalam bidang kewangan pula, antara projek yang digariskan adalah mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti perusahaan komersil dan industri; membeli, menjamin atau sebaliknya mendapatkan sebarang stok dan saham; dan menubuhkan syarikat atau perbadanan untuk mengendalikan atau menguruskan sebarang projek, skim dan perusahaan.

i. Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Kompleks Yayasan)

Tersergam indah di antara Kampong Ayer di Sungai Brunei dan Masjid Omar ┬┤Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan adalah merupakan satu projek pelaburan Yayasan dalam bidang hartanah. Hasil pendapatan daripada pelaburan ini digunakan bagi membiayai projek amal yang diusahakan oleh Yayasan. Secara tidak langsung setiap penyewa yang berurusniaga di Kompleks Yayasan ini terlibat sama dalam membuat pelaburan kebajikan untuk rakyat di negara ini.

ii. Pelaburan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Jawatankuasa Pelaburan telah ditubuhkan pada tahun 2007 bagi memantau dan mengendalikan pengurusan pelaburan dana Yayasan secara teratur, terarah dan berterusan. Pelaburan Yayasan ini dihasratkan bagi menjana penumbuhan, kemajuan dan kestabilan dana Yayasan bagi keperluan jangka masa panjang.

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086