Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5

Wawasan

Dengan Kudrat dan Iradat Allah Subhanau Wataala, YAYASAN akan berusaha untuk menjadi sebuah organsasi yang berdaya tahan, berprestasi tinggi dan terkenal dalam memberikan sumbangan dan bantuan kewangan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang miskin dan yang memerlukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka; Yayasan juga akan berusaha menjadi lambang kecemerlangan sosiobudaya dan perkhidmatan masyarakat di Negara Brunei Darussalam

Misi

Untuk merealisasikan wawasan mulianya, kami seluruh warga YAYASAN akan memberikan perkhidmatan dan menjalankan urusan dengan cekap, berkesan dan penuh dedikasi kepada semua pihak dengan:

  • Menguruskan amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu´izzaddin Waddaulah dan Ahli Keluarga Diraja Baginda secara profesional dan cekap supaya menjadi sumber pembayaran yang berterusan bagi masa hadapan;
  • Memberi bantuan kewangan untuk tujuan keagamaan, kebajikan, sosial dan pendidikan yang bersesuaian dengan adil dan cekap;
  • Menggalakkan usaha memajukan masyarakat dengan membentuk perkongsian dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan;
  • Menggalakkan pencapaiannya yang cemerlang kepada masyarakat Brunei dalam beberapa bidang khusus dengan memberikan ganjaran dan kurnia yang selayaknya kepada mereka yang berpatutan menerimanya; dan,
  • Memastikan Lembaga Pengarah dan seluruh warga YAYASAN serta para sukarelawan bekerja dengan bersatu padu dan dedikasi sejajar dengan dasar amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Kami seluruh warga YAYASAN dengan ikhlas, insya Allah akan mencapai misinya bagi mencerminkan usaha pemedulian dan kasih sayang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu´izzaddin Waddaulah dan Ahli Keluarga Diraja Baginda terhadap rakyat untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan kualiti kehidupan yang tinggi bagi seluruh rakyat Baginda sejajar dengan prinsip ´Melayu Islam Beraja´.

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086