Majlis Bertahlil Bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Sempena Bulan Ramadan 1437H
- Details
- Published: Tuesday, 14 June 2016 11:00

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mubarak ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada hari Selasa, 8 Ramadan 1437H bersamaan 14 Jun 2016M mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam. Majlis ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Yayasan di bulan Ramadan.








