Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Latest News

Penyampaian Sumbangan Yayasan

Projek dan aktiviti yang dikendalikan oleh Yayasan menumpukan kepada usaha bagi mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup serta mempertingkatkan pembangunan sosiobudaya dan sosioekonomi dikalangan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

Read more ...

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Ke-38 Tahun

Pada 20 Zulkaedah 1442 Hijrah bersamaan 1 Julai 2021 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Yang Ke-38 Tahun.

Read more ...

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1442H / 2021M Anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Pada 15 Syawal 1442 bersamaan 27 Mei 2021, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat bercemar duli ke majlis ini berserta Kerabat Diraja.

Read more ...

Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadan 1442H

Pada 22 Ramadan 1442 bersamaan 5 Mei 2021, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadan 1442H/2021M.

Berangkat ke majlis ini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Majlis Bertahlil Untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim

Bersempena bulan Ramadan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim bertempat di Masjid Ash Shaliheen, Kompleks Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.  Majlis ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di bulan Ramadan.

Read more ...

Program Ihsan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sempena Bulan Ramadan 1442H

Pada 15 Ramadan 1442 bersamaan 28 April 2021, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan dan makanan berjumlah keseluruhannya BND155,750.00 kepada sebanyak 150 buah keluarga yang memerlukan bantuan di seluruh negara melalui Program Ihsan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sempena bulan Ramadan.  Pemberian sumbangan ini juga sejajar dengan matlamat strategik Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam mengimbangi pemedulian terhadap keperluan asasi golongan yang memerlukan.

Read more ...

Sumbangan Yayasan Bagi Aktiviti Takmir Masjid

Pada 15 Syaaban 1442 bersamaan 29 Mac 2021, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah memberikan sumbangan kewangan kepada sebahagian masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Suiltan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Seramai 17 Bakal Usahawan Dilahirkan di bawah Skim Pembiayaan Kebajikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Ke arah mencapai salah satu matlamat strategik Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah iaitu Mendukung Pencapaian Taraf Sara Diri, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah turut mendukung usaha Kerajaan membantu meningkatkan tahap sara diri golongan yang memerlukan bantuan melalui program keusahawanan di bawah Skim Pembiayaan Kebajikan.

Read more ...

Majlis Penutup Perkhemahan Motivasi Program Intervensi Pendidikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2021

Seramai 87 orang pelajar terpilih menyertai Perkhemahan Motivasi Program Intervensi Pendidikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  Para pelajar tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 11 dan Darjah 6 sekolah ugama yang mengikuti projek kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PIP) dari lapan buah pusat kelas tuisyen Program Intervensi Pendidikan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di seluruh negara.

Read more ...

Majlis Penandatanganan Perjanjian Penganugerahan Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sesi Pengajian Tahun 2020/2021

Pada 18 Rejab 1442 bersamaan 2 Mac 2021, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Penandatanganan Perjanjian Penganugerahan Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sesi Pengajian Tahun 2020/2021 iaitu Perjanjian bagi Meninggi Tahap Pengajian bertempat di Bilik Al-Muzakarah, Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086