Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5

Permohonan adalah dipelawa daripada pemohon-pemohon yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan GURU KONTRAK DAN GURU SANDARAN di SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH  bagi matapelajaran ;

  • Guru Pendidikan Khas - Peringkat Tadika
  • Guru - Peringkat Tadika
  • Bahasa Mandarin - Peringkat Tadika
  • Bahasa Arab – Peringkat Rendah
  • History – Peringkat Menengah
  • Computer – Peringkat Menengah

 

Kelayakan:

  • Mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan Diploma atau Ijazah Pedidikan. Pemohon yang mempunyai kelulusan khusus dalam mata pelajaran yang berkenaan akan mempunyai kelebihan. Bagi jawatan (i), (ii) & (iii), pemohon yang mempunyai kelulusan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak akan mempunyai kelebihan.
  • Pemohon yang mempunyai kelulusan dalam bidang lain selain Pendidikan boleh dipertimbangkan jika mempunyai pengalaman mengajar.
  • Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam mengajar mata pelajaran yang berkenaan.

Peringatan:

Pemohon-pemohon hendaklah mengisikan borang permohonan dan menyertakan keterangan peribadi (CV), salinan sijil-sijil kelulusan serta dokumen yang berkenaan, dan nombor telefon yang mudah dihubungi, berserta gambar terbaru berukuran paspot (tidak dikembalikan) kepada:

                                                                                                

Unit Pengambilan
Bahagian Perkembangan Tenaga Manusia
Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang, Gadong BA 1511
Negara Brunei Darussalam

 

(Sila klik disini untuk memuat turun borang)

 

Hanya permohonan yang memenuhi syarat iklan sahaja yang akan dihubungi.  Borang permohonan hendaklah dihantar ke alamat di atas selewat-lewatnya hari Selasa, 31 Oktober 2017.

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086