Back
Next
title

Sebahagian Masjid, Surau Dan Balai Ibadat Di Seluruh Negara Menerima Sumbangan Dari Yayasan

Pada hari Isnin, 21 Sya’aban 1431H / 02hb Ogos 2010M telah diadakan majlis penyampaian sumbangan kewangan kepada sebahagian masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara bagi mengadakan majlis dan aktiviti dibulan Ramadhan. Ini adalah merupakan projek tahunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang ugama iaitu sebagai salah satu usaha Yayasan bagi menta’mirkan masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara selaras dengan dasar dan tujuan penubuhannya dalam mempertingkatkan syiar Islam di negara ini. Bagi bulan Ramadhan 1431H / 2010M, Yayasan menyumbangkan sebanyak B$42,500.00 (Ringgit Brunei: Empat Puluh Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) kepada enam puluh lima (65) buah masjid, surau dan balai ibadah di keempat-empat Daerah di seluruh negara.

 

 

Berita Penuh

Dayang Rosita Bte Haji Mohammad Ali Menerima Anak Kunci Rumah Bantuan Melalui Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

 

Pembinaan rumah bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mewujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni. Disamping itu ia adalah merupakan salah satu usaha bagi mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat di Negara Brunei Darussalam.

 

Pada 17 Sya’aban 1431H bersamaan 29 Julai 2010 Masehi, diadakan majlis penyerahan sebuah rumah bantuan iaitu di bawah skim perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Mulaut, Mukim Sengkurong, Daerah Brunei dan Muara bagi Dayang Rosita binti Haji Mohd Ali. Sebelum ini Dayang Rosita tinggal di sebuah pondok bersama suami dan 4 orang anak mereka yang berumur diantara 4 tahun hingga 23 tahun setelah rumah kepunyaan bapanya mengalami kebakaran pada pertengahan tahun 2000 yang lalu.

 

 

Berita Penuh

Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

 

Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli keluarga baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.

 

Berita Penuh

Lain-lain

  • Majlis Penandatanganan Perjanjian Penyewaan [+]
  • Majlis Penyerahan Derma Dan Mesyuarat Pembubaran Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Haiti Dan Chil [+]
  • Mangsa Kebakaran Mendapat Bantuan Dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah[+]
  • Projek Titian Amal Membaik Pulih Rumah Kediaman Dayang Hajah Intan Binti Kula[+]
  • Mesyuarat Bagi Penyelarasan Pembahagian Buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Bulan Ramadhan 1431 Hijrah / 2010 Masehi [+]
  • Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah [+]
  • Penyerahan Rumah Bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kepada Awang Haji Nudin Bin Jamadil [+]
  • Rumah Bantuan Yayasan Bagi Dayang Zalehah Binti Othman [+]
  • Majlis Penyerahan Rumah Bantuan Bagi Golongan Daif, Fakir Dan Miskin Di Bawah Projek Bersama Jabatan Pembangunan Masyarakat, Menenterian Kebudayaan, Belia Dan Sukan Dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah [+]
  • Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kepada Penduduk Yang Terlibat Dalam Kejadian Kebakaran [+]
  • Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah [+]
  • Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah [+]
  • Majlis Malam Penghargaan Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah [+]