Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Berita Terkini

Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Bulan Ramadhan 1439H / 2018M

Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadhan 1439 Hijrah / 2018 Masihi diadakan pada hari Isnin, 7 Syaaban 1439H bersamaan 23 April 2018M, bertempat di Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam.

Read more ...

Yayasan Berikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Pada hari ini, Jumaat, 14 Jamadilakhir 1439 bersamaan 2 Mac 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada empat buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di beberapa buah kampung di Daerah Brunei dan Muara.

Read more ...

Yayasan Berikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Pada hari Jumaat, 23 Jamadilawal 1439 bersamaan 9 Februari 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada dua buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah pada 11 Disember 2017 di Kampong Sungai Lalit, Lumut, Daerah Belait.

Read more ...

Yayasan Berikan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Daerah Belait

Pada hari Selasa, 29 Rabiulakhir 1439 bersamaan 16 Januari 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada 58 orang mangsa banjir di beberapa buah kampung di Mukim Bukit Sawat, Daerah Belait. Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk makanan asasi dan barang keperluan harian. Sumbangan bantuan Yayasan disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.

Read more ...

Penyerahan Rumah Bantuan Secara Bersepadu

Pada hari Selasa, 29 Rabiulakhir 1439H bersamaan 16 Januari 2018M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama-sama Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyerahkan rumah bantuan kepada Awang Asbi bin Md Yassin.

Read more ...

Sumbangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Dalam Memperkembangkan Bidang Ilmu Pengetahuan

Selaras dengan tujuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi memeduli kebajikan dan kesejahteraan rakyat, pada hari Selasa, 6 Jamadilawal 1439 bersamaan 23 Januari 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah terus menyampaikan sumbangan peralatan dan keperluan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2018 kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang memerlukan bantuan.

Read more ...

Yayasan Berikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Pada hari Jumaat, 2 Jamadilawal 1439 bersamaan 19 Januari 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada dua buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di Kampong Bengkurong dan Kampong Sungai Hanching.

Read more ...

Majlis Bertahlil Bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Sempena Ulang Tahun Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Yang Ke-25 Tahun

Pada hari ini, Khamis, 24 Rabiulakhir 1439 bersamaan 11 Januari 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bertempat di Kubah Makam Diraja, Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Yang Ke-25 Tahun.

Read more ...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086