- Details
-
Published: Wednesday, 25 July 2018 17:00

Pada 12 Zulkaedah 1439 bersamaan 25 Julai 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Jerayawara Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” bagi pelajar-pelajar Maktab, Sekolah Menengah dan Pusat-Pusat Tingkatan Enam di seluruh negara yang akan menduduki peperiksaan peringkat ‘A’ level iaitu PRA U1 dan PRA U2 dan juga pelajar-pelajar yang mengambil Program Diploma International Baccalaureate (IB).
Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Dayang Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa, Penolong Pengarah Urusan Yayasan dan diikuti dengan taklimat dan sesi perkongsian ‘sharing session’ daripada sebahagian penerima-penerima Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” yang sudah menamatkan pengajian dan juga yang sedang dalam pengajian.
Read more ...
- Details
-
Published: Wednesday, 18 July 2018 17:00

Seramai 1,041 orang bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi iaitu 512 orang bakal jemaah haji lelaki menerima pakaian ihram dan 529 orang bakal jemaah haji wanita menerima telekung iaitu kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Read more ...
- Details
-
Published: Thursday, 05 July 2018 17:00

Pada hari Khamis, 21 Syawal 1439 bersamaan 5 Julai 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis ini berserta Kerabat Diraja.
Read more ...
- Details
-
Published: Wednesday, 06 June 2018 14:00

Bersempena bulan Ramadan yang mubarak ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada hari Rabu, 21 Ramadan 1439 bersamaan 6 Jun 2018 mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam. Majlis ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Yayasan di bulan Ramadan.
Read more ...
- Details
-
Published: Tuesday, 05 June 2018 21:00

Pada hari Selasa, 20 Ramadan 1439 bersamaan 5 Jun 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Bulan Ramadan 1439H/2018M dan Penutup Pembacaan 25 Kali Khatam Al-Quran Sempena Jubli Perak Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Berangkat ke majlis ini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan.
Read more ...
- Details
-
Published: Tuesday, 29 May 2018 14:00

Pada hari Selasa, 13 Ramadan 1439 bersamaan 29 Mei 2018, sebanyak 54 buah keluarga yang terdiri daripada warga emas dan keluarga yang memerlukan bantuan dari beberapa buah kampung di Daerah Tutong dan Belait menerima sumbangan kewangan dan makanan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam program amal Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sempena bulan Ramadan.
Read more ...
- Details
-
Published: Tuesday, 15 May 2018 17:00

Sebagai salah satu usaha dalam membantu memperkasa perekonomian keluarga yang layak menerima bantuan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menyumbangkan bantuan modal perniagaan kepada Projek Bina Ukhwah selaku pengendali bersama projek dan latihan yang akan memantau dan menyediakan latihan kepada Dayang Siti Normarlina binti Alias bagi mengusahakan perniagaan membuat pastri dan pasta sebagai mata pencarian.
Read more ...
- Details
-
Published: Friday, 11 May 2018 17:00

Pada hari Jumaat, 25 Syaaban 1439 bersamaan 11 Mei 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Bengkel Asas Seni Khat Diwani Jali di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Perdana Menteri.
Read more ...
- Details
-
Published: Friday, 11 May 2018 12:00

Pada hari Jumaat, 25 Syaaban 1439 bersamaan 11 Mei 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada tiga buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Daerah Brunei dan Muara.
Read more ...
- Details
-
Published: Tuesday, 08 May 2018 17:00

Pada hari Selasa, 22 Syaaban 1439H bersamaan 8 Mei 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah memberikan sumbangan kewangan bagi aktiviti pentakmiran kepada sebahagian masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara dan penerbitan buku sejarah kepada Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR).
Read more ...