Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Berita Terkini

Majlis Penyampaian Sijil Program Keibubapaan

Pada 7 Safar 1440 bersamaan 16 Oktober 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil bagi Program Keibubapaan anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan kerjasama Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan di Dewan Serbaguna, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Keberangkatan Lawatan Kerja Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ke Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkenan berangkat membuat lawatan kerja ke Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan pada 4 Safar 1440 bersamaan 13 Oktober 2018.

Read more ...

Keberangkatan Lawatan Kerja Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Ke Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kam

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkenan berangkat membuat lawatan kerja ke Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kampong Bolkiah ‘A’ dan Kampong Bolkiah ‘B’, Mukim Sungai Kebun pada hari Rabu, 1 Safar 1440 bersamaan 10 Oktober 2018.

Read more ...

Mesyuarat Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Kali 2/2018

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Mesyuarat Jemaah Tadbir Kali Ke-2 bagi tahun 2018 pada 22 Muharram 1440 bersamaan 2 Oktober 2018.

Berangkat mempengerusikan Mesyuarat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Jerayawara Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan Jerayawara Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” selama tiga hari berasingan. Pada hari pertama iaitu 27 Ogos 2018, jerayawara tersebut dihadiri oleh pelajar-pelajar peringkat ‘O’ Level dan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB); manakala pada hari kedua iaitu 30 Ogos 2018, pelajar-pelajar peringkat ‘A’ Level, Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan Diploma Aliah Qiraat telah dijemput untuk menghadiri jerayawara tersebut.

Read more ...

Bengkel Keusahawanan: ‘Bright Ideas’

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan bengkel keusahawanan: BRIGHT IDEAS dan dikendalikan dengan kerjasama LiveWIRE Brunei. Bengkel disertai oleh seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada para pemohon bantuan modal perusahaan / perniagaan di bawah Skim Pembiayaan Kebajikan (SPK) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086