Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Berita Terkini

Sumbangan Yayasan Bagi Aktiviti Takmir Masjid 1440H/2014M

Pada 19 Syaaban 1440H bersamaan 25 April 2019, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah memberikan sumbangan kewangan bagi aktiviti pentakmiran kepada sebahagian masjid, surau dan balai ibadah di seluruh negara. Majlis ini diadakan di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Suiltan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Bulan Ramadhan 1440H / 2019M

Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadhan 1440 Hijrah / 2019 Masihi diadakan pada hari Selasa, 10 Syaaban 1440H bersamaan 16 April 2019M, bertempat di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Read more ...

Mesyuarat Penyelarasan Bagi Pembahagian Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Bulan Ramadan 1440H/2019M

Pada 14 Rejab 1440 bersamaan 21 Mac 2019, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Bagi Pembahagian Buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Bulan Ramadan 1440H / 2019M di Dewan Serba Guna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Penyampaian Sumbangan Peralatan Dan Keperluan Sekolah Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2019

Selaras dengan tujuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi memeduli kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya mereka yang kurang berkemampuan, pada 10 Rabiulakhir 1440 bersamaan 18 Disember 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan peralatan dan keperluan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2019 kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Read more ...

Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil Program Perkhemahan Belia Hijrah Mahabbah Lillah Kali Ke-6 Anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Pada 29 Rabiulawal 1440 bersamaan 7 Disember 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Program Perkhemahan Hijrah Mahabbah Lillah Kali ke-6 bertempat di Auditorium Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA), Gadong.

Penyampaian sijil kepada peserta disempurnakan oleh Yang Berhormat Awang Iswandy Bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Negara Selaku Ahli Jawatankuasa Plan Strategik Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Hadir sama di Majlis ini ialah Dr Adam bin Haji Jait, Wakil Rektor Universiti Sultan Sharif Ali.

Read more ...

Bengkel ‘Ivy League’: Urusan Permohonan Ke Universiti Terunggul

Biasasiswa “Sultan’s Scholar” merupakan biasiswa berprestij, dianugerahkan kepada pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang dan mengikuti pengajian di universiti berprestij di luar negara yang dibenarkan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Read more ...

Yayasan Menyampaikan Sumbangan Kepada Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi

Berikutan dengan kejadian gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter di Sulawesi yang mencetuskan tsunami pada 28 September 2018 yang lalu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi penubuhan Tabung Kemanusiaan Bencana Sulawesi selama tempoh tiga bulan. Tabung tersebut ditubuhkan bertujuan bagi membolehkan orang ramai dan pelbagai pihak untuk mengusahakan kutipan derma bagi membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi, Indonesia.

Read more ...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086