Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Berita Terkini

Majlis Penandatanganan Perjanjian Penganugerahan Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sesi Pengajian Tahun 2020/2021

Pada 12 Muharram 1442 bersamaan 31 Ogos 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Penandatanganan  Perjanjian Penganugerahan Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian tahun 2020/2021 bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Bangunan Yayasan, Bandar Seri Begawan. 

Read more ...

Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Masjid/Surau/Balai Ibadat dalam Menangani Jangkitan COVID-19

Negara Brunei Darussalam juga tidak terlepas dari menghadapi musibah wabak COVID-19 yang melanda dunia pada masa ini. Walaupun negara kita tidak mencatatkan sebarang jangkitan lagi, akan tetapi setiap individu di negara ini masih disarankan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

Read more ...

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Yang Ke-37 Tahun

Pada 8 Zulkaedah 1441 Hijrah bersamaan 30 Jun 2020 Masihi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Yang Ke-37 Tahun.

Read more ...

Program Amal Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sempena Bulan Ramadan

Selaras dengan dasar penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam memberikan pemedulian terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah  menyampaikan sumbangan kewangan dan makanan kepada keluarga yang memerlukan bantuan di seluruh negara melalui Program Ihsan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sempena bulan Ramadan.  Pemberian sumbangan ini juga sejajar dengan matlamat strategik Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam mengimbangi pemedulian terhadap keperluan asasi golongan yang memerlukan.

Read more ...

Penyampaian Sumbangan Yayasan Kepada Kementerian Pendidikan

Sebagai sokongan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada Kementerian Pendidikan bagi menyokong pembelajaran dalam talian serta membantu para pelajar yang memerlukannya semasa pandemik COVID-19 yang melanda di negara ini, Yayasan menyampaikan sumbangan sebanyak 100 unit komputer riba (laptop) serta 100 unit pen drive.

Read more ...

Yayasan Memberikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Pada 5 Ramadan 1441 bersamaan 29 April 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di RPN Lambak Kanan. Bantuan ini dilaksanakan dengan segera bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

Ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah Awang Julkifli bin Haji Hidup (kejadian kebakaran berlaku pada 27 April 2020).

Read more ...

Yayasan Memberikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Pada 6 Syaaban 1441 bersamaan 31 Mac 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampong Kandang Serambangun, Tutong.

Ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah Awang Mohd Haidi bin Muhammad Hilmi (kejadian kebakaran berlaku pada 12 Mac 2020).

Read more ...

Penyampaian Sumbangan Yayasan

Sebagai sokongan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada Kementerian Kesihatan bagi sama-sama menangani wabak COVID-19 di negara ini, Yayasan menyampaikan sumbangan sebanyak 40 unit pembersih udara (air purifier) untuk ditempatkan di setiap pusat kecemasan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Sumbangan tersebut dihasratkan bagi memeduli kebajikan dan kesejahteraan para pesakit yang sedang dirawat di pusat-pusat berkenaan.

Read more ...

Majlis Perasmian Galeri Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKI-YSHHB) dan Pelancaran Buku Pelan Strategik Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2020-2025

Pada 10 Rejab 1441 bersamaan 5 Mac 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Perasmian Galeri Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Pelancaran Buku Pelan Strategik Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2020-2025 bertempat di Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rumah Semaun, Jalan Jerambak, Bandar Seri Begawan.  

Read more ...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086