Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5

Berita Terkini

B$12,400.00 Disumbangkan Kepada Dua Buah Keluarga Yang Terlibat Dalam Kebakaran Rumah

Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Awang Zuliani bin Ahmad (kanan)

“Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Awang Zuliani bin Ahmad (kanan)”

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan adalah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Pada petang Selasa, 13 Rabiulakhir 1433 Hijrah bersamaan 6 Mac 2012 Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$12,400.00 kepada 2 buah keluarga yang terdiri daripada 8 orang ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong Lorong Dalam, Daerah Brunei dan Muara semalam.

Read more ...

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Memberikan Sumbangan Lebih B$25,000.00

Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran DSLJ Haji Abas, Presiden PESTABARU (kanan)

“Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran DSLJ Haji Abas, Presiden PESTABARU (kanan)”

Pada pagi Jumaat, 2 Rabiulakhir 1433H bersamaan 24 Februari 2012M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menyampaikan beberapa sumbangan kewangan seperti keterangan berikut:

1. Sumbangan Kewangan Kepada Keluarga Yang Terlibat Dalam Musibah Kebakaran Rumah

Salah satu tujuan Yayasan dalam bidang kebajikan adalah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah B$6,200.00 kepada keluarga Yang Mulia Awangku Haji Md Yusof bin Pengiran Salleh yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di Kampong Tanah Jambu, Daerah Brunei dan Muara.

Read more ...

Malam Penghargaan Pekerja-Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (kanan) bersama Pengarah Urusan Yayasan (kiri)

“Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (kanan) bersama Pengarah Urusan Yayasan (kiri)”

Pada malam Jumaat, 18 Rabiulawal 1433 Hijrah bersamaan 10 Februari 2012 Masihi diadakan Majlis Malam Penghargaan Pekerja-Pekerja Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertempat di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo & Riding Club, Jerudong.

Antara tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dan juga sebagai penghargaan kepada seluruh pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan atas perkhidmatan dan komitmen mereka kepada Yayasan. Seramai 9 orang pesara Yayasan juga telah dijemput di majlis penghargaan ini termasuk Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Mantan Pengarah Urusan Yayasan.

Read more ...

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Donated B$2,700.00 To Fire Victims

“Managing Director of Yayasan (left) presented the donation to Awang Ishak bin Ahmad (right)”

"“Managing Director of Yayasan (left) presented the donation to Awang Ishak bin Ahmad (right)”"

One of the aims of the establishment of Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah's in the field of welfare is to assist the unfortunate ones such as those affected by natural disasters including fires.

On Tuesday, 7 Rabiulawal 1431H corresponding to 31 January 2012, Yayasan presented a total financial contribution of B$2,700.0

to 2 families comprising of 9 family members that were affected by the fires recently in Kampong Sungai Teraban and Kampong Kianggeh.

Read more ...

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sumbangkan B$2,700.00 Kepada Dua Buah Keluarga Yang Terlibat Dalam Kejadian Kebakaran

Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Awang Ishak bin Ahmad (kanan)

Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Awang Ishak bin Ahmad (kanan)

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan adalah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Pada petang Selasa, 7 Rabiulawal 1433H bersamaan 31 Januari 2012M, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$2,700.00 kepada 2 buah keluarga yang terdiri daripada 9 orang ahli keluarga yang terlibat dalam dua kejadian kebakaran berasingan di Kampong Sungai Teraban dan Kampong Kianggeh baru-baru ini.

Read more ...

Universiti Brunei Darussalam dan Beberapa Buah Masjid, Surau dan Balai Ibadat Menerima Sumbangan Kewangan

Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Pemangku Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (kanan)

“Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Pemangku Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (kanan)”

Pada petang Selasa, 30 Safar 1433H bersamaan 24 Januari 2012M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menyampaikan sumbangan kewangan kepada Universiti Brunei Darussalam dan beberapa buah masjid, surau dan balai ibadat seperti keterangan:

1. Universiti Brunei Darussalam

Yayasan sentiasa memberikan sokongan kepada institusi pengajian tinggi yang mengendalikan penyelidikan dan perkembangan bagi kepentingan kemajuan saintifik, teknologi dan kemasyarakatan. Bagi tujuan ini, Yayasan memberikan sumbangan tajaan yang berjumlah sebanyak B$5,000.00 kepada Universiti Brunei Darussalam bagi membiayai sebahagian perbelanjaan mengadakan "iCUBE Workshop: Impact of Climate Change and Innovations for a Sustainable Future" yang telahpun diadakan pada 9 hingga 19 Januari 2012 yang lalu. Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Yang Mulia Profesor Madya Dr Azman bin Ahmad, Pemangku Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam.

Read more ...

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Hulurkan Sumbangan Lebih B$60,000.00

Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (kanan) menyerahkan sumbangan untuk salah seorang penerima Sumbangan Bantuan Peralatan Persekolahan Sesi 2012

Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (kanan) menyerahkan sumbangan untuk salah seorang penerima Sumbangan Bantuan Peralatan Persekolahan Sesi 2012

Selaras dengan wawasan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan kepada masyarakat, pada petang Jumaat, 5 Safar 1433H bersamaan 30 Disember 2011M, Yayasan menyampaikan beberapa sumbangan seperti berikut:

1. Sumbangan Faedah Takaful Kemalangan Diri Berkelompok

Setiap murid yang berdaftar di bawah Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah diberikan Perlindungan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok yang dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan dengan caruman B$10.00 setiap seorang. Sumbangan Faedah Takaful Kemalangan Diri Berkelompok berjumlah B$10,500.00 disumbangkan pada majlis petang ini kepada Allahyarham Awang Mohammad Adam Muzaffar Shah bin Haji Abdullah Sani, salah seorang murid Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 1 Biru (Kindergarten 1 Blue) yang meninggal dunia pada 18 Julai 2011 lalu.

Read more ...

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Hulurkan Sumbangan B$283,940.00

Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Somalia kepada Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Timbalan Penasihat Jawatankuasa Tabung berkenaan (kanan)

Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Somalia kepada Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Timbalan Penasihat Jawatankuasa Tabung berkenaan (kanan)

Selaras dengan wawasan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam memberikan bantuan dan perkhidmatan kepada masyarakat, pada pagi Khamis, 19 Muharram 1433H bersamaan 15 Disember 2011, Yayasan menyampaikan beberapa sumbangan kewangan seperti berikut:

1. Tabung Kemanusiaan Somalia dan Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Thailand dan Cambodia

Sumbangan kewangan sebanyak B$50,000.00 adalah disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Somalia. Manakala sumbangan kewangan sebanyak B$100,000.00 adalah disumbangkan kepada Tabung Kemanusiaan Mangsa Banjir Thailand dan Cambodia.

Read more ...

Awang Haji Mohamad Bin Haji Mahmud Menerima Anak Kunci Rumah Bantuan

Pengarah Urusan Yayasan (tengah) menyerahkan anak kunci rumah kepada Awang Haji Mohamad bin Haji Mahmud (kiri)

“Pengarah Urusan Yayasan (tengah) menyerahkan anak kunci rumah kepada Awang Haji Mohamad bin Haji Mahmud (kiri)”

Pembinaan rumah bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mewujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni. Disamping itu ia adalah merupakan salah satu usaha bagi mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat di Negara Brunei Darussalam.

Pada hari ini, 21 Zulhijjah 1432H bersamaan 17 November 2011, diadakan majlis penyerahan sebuah rumah bantuan kepada Awang Haji Mohamad bin Haji Mahmud. Rumah bantuan ini adalah projek bersepadu Yayasan bersama rakan strategik Yayasan iaitu Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

Read more ...

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Hulurkan Sumbangan Lebih B$25,000.00

Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Yang Di-Pertua Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam (kanan)

Pengarah Urusan Yayasan (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Yang Di-Pertua Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam (kanan)

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan adalah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah bencana alam. Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban yang ditanggung dan dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

1. Sumbangan B$16,600.00 Kepada Beberapa Keluarga Yang Terlibat Dalam Musibah Bencana Alam

Pada pagi ini, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan yang keseluruhannya berjumlah B$16,600.00 kepada 12 buah keluarga yang terlibat dalam beberapa kejadian kebakaran rumah, angin kencang dan rumah roboh di Daerah Brunei dan Muara baru-baru ini. Senarai ketua keluarga yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:

Read more ...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086