Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Berita Terkini

Yayasan Memberikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Pada 7 Rejab 1442 bersamaan 19 Februari 2021, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhannya berjumlah BND23,800.00 kepada dua buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Daerah Brunei dan Muara baru-baru ini. Bantuan ini dilaksanakan dengan segera bagi meringankan beban mangsa yang terlibat dalam meneruskan kehidupan harian mereka.

Read more ...

Penyampaian Bantuan Keperluan Persekolahan Tahun 2021

Bertunjangkan dasar utama Yayasan bagi memeduli kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan, Yayasan pada 17 Rabiulakhir 1442 bersamaan 3 Disember 2020 menyampaikan sumbangan bantuan peralatan dan keperluan persekolahan kepada seramai 2,158 orang pelajar (1,404 orang pelajar Sekolah Rendah dan 754 orang pelajar Sekolah Menengah) di kalangan keluarga yang kurang berkemampuan di seluruh negara iaitu bagi sesi persekolahan tahun 2021.

Read more ...

Yayasan Memberikan Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada sebuah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampong Limau Manis. Bantuan ini dilaksanakan dengan segera bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

Read more ...

Jerayawara Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Unit Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menganjurkan beberapa siri Jerayawara ke institusi-institusi pengajian tinggi dan Jabatan-Jabatan Daerah bermula 24 Oktober 2020 hingga November 2020. Jerayawara bertujuan untuk menggalakkan semangat dan budaya tolong-menolong dalam kalangan masyarakat khususnya dikalangan belia dalam sama-sama memberikan pemedulian terhadap kebajikan dan masyarakat melalui program-program amal yang dianjurkan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Read more ...

Penandatanganan Memorandum Persefahaman Tingkatkan Program Keusahawanan

Selaras dengan matlamat Pelan Strategik 2020-2025 Yayasan iaitu Mendukung Pencapaian Taraf Sara Diri, pada 9 Oktober 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bersama LiveWIRE Brunei bertempat di Bilik Mesyuarat, Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Perdana Menteri.

Read more ...

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Ke-28 Tahun

Pada 5 Oktober 2020, genaplah usia Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang ke-28 tahun.  Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditubuhkan pada 7 Rabiulakhir 1413 bersamaan 5 Oktober 1992 sempena sambutan Jubli Perak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki Takhta yang merupakan wadah amal jariah atau derma khairat Baginda dan Ahli Kerabat Baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih Baginda kepada rakyat Baginda serta menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.

Read more ...

Majlis Sembahyang Sunat Hajat Bagi Pelajar Kelas Tuisyen Program Intervensi Pendidikan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Tahun 2020

Pada 9 Safar 1442 bersamaan 27 September 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengendalikan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah iaitu khusus bagi para pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Daerah Tutong dan Daerah Belait yang akan menduduki peperiksaan awam pada akhir tahun ini. 

Read more ...

Majlis Sembahyang Sunat Hajat Bagi Pelajar Kelas Tuisyen Program Intervensi Pendidikan

Pada 2 Safar 1442 bersamaan 20 September 2020, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengendalikan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah iaitu khusus bagi para pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong yang akan menduduki peperiksaan awam pada akhir tahun ini. 

Read more ...

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086