Back
Next
title

Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda
Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-36 Tahun

 

 

 

"Doa kesyukuran setelah selesai Sembahyang Fardhu Isyak"

 


 

 

 

Pada hari Khamis, 4 Rabiulawal 1431H bersamaan 18 Februari 2010M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-36 Tahun di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Atur cara majlis dimulakan dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Yang Mulia Pehin Khatib Haji Emran bin Haji Kuncang, Pegawai Masjid, Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien. Ini diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dan seterusnya bacaan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Yang Ke-36 Tahun. Selesai bacaan doa tersebut, acara diteruskan lagi dengan Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah.

Hadir di majlis ini ialah Ahli-ahli Jemaah Tadbir dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA, para jemputan khas di antaranya adalah sebahagian para penyumbang-penyumbang tetap DANA, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan serta guru-guru Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

top