Back
Next
title

Majlis Penyampaian kepada DANA Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim

pic

 

 

"Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud bersama para dermawan"

 

 

 

 

 

 

Pada hari Khamis, 19 Safar 1431H bersamaan 4 Februari 2010M, DANA menerima sumbangan keseluruhan berjumlah B$25,276.46 daripada 12 pihak penyumbang iaitu:

 

  1. Jabatan Pendidikan Teknik menyumbangkan sebanyak B$4,205.00 iaitu hasil kutipan daripada acara walkathon yang diadakan pada pertengahan tahun lepas.  Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Suhaimi bin Pengiran Haji Bakar, Pengarah Jabatan Pendidikan Teknik, Kementerian Pendidikan.
  2.  

  3. Majlis Perundingan Kampong Lumut II menyumbangkan sebanyak B$2,571.46 iaitu hasil kutipan daripada Acara Walkathon Kali Ke-2. Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Mulia Abdul Rahman bin Hashim, Ketua Kampong Lumut II.
  4.  

  5. Yang Mulia Awang Stainley Lim Hock Ghim daripada Syarikat Borneo United Sdn. Bhd. dengan sumbangan sebanyak B$1,000.00.
  6.  

  7. Yang Mulia Awang Kok Sin Chow daripada Syarikat Haska Interior Sdn. Bhd. dengan sumbangan sebanyak B$1,000.00.
  8.  

  9. Yang Mulia Awang Steven Huong Hau Yiew daripada Syarikat Hasmit Electrical & Lighting Sdn. Bhd. dengan sumbangan sebanyak B$1,000.00.
  10.  

  11. Yang Mulia Awang Tiong Chew Wen daripada Syarikat Success Alluminium Sdn. Bhd. dengan sumbangan sebanyak B$5,000.00.
  12.  

  13. Yang Mulia Awang Peter Chee Voon Liung daripada Syarikat Zimyang Enterprise Sdn. Bhd. dengan sumbangan sebanyak B$2,000.00.
  14.  

  15. Yang Mulia Awang Leu Mee Hong daripada Syarikat Leu Enterprise Sdn. Bhd. dengan sumbangan sebanyak B$2,000.00.
  16.  

  17. Yang Mulia Awang Raymond Lam Ann Chuan daripada Syarikat Processta Printing & Trading Co. dengan sumbangan sebanyak B$500.00.
  18.  

  19. Yang Mulia Awang Tan Ah Piew daripada Syarikat General Mobile Autopart & Accessory Co. dengan sumbangan sebanyak B$2,000.00.
  20.  

  21. Yang Mulia Awang Tang Sin Kong daripada Syarikat Binaan Tanah Jaya Sdn. Bhd. dengan sumbangan sebanyak B$2,000.00.
  22.  

  23. Yang Mulia Awang Tang Chok Tee daripada Syarikat Hauson Sdn. Bhd. dengan sumbangan sebanyak B$2,000.00.

 

Majlis ini diadakan di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang.  Kesemua sumbangan diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Ketua Pegawai Eksekutif DANA.

 

DANA sangat menghargai sokongan dan sumbangan daripada para dermawan bagi sama-sama membantu DANA dalam usahanya untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam. 

 

Turut hadir di majlis ini ialah Penolong Pengarah Urusan Yayasan dan pegawai-pegawai Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

top