Back
Next
title

Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin Bagi DANA Pengiran Muda Mahkota
Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2009-2010

pic

 

 

"Tetamu Kehormat Majlis (kanan)
melancarkan Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin for
DANA 2009-2010"

 

 

 

 

Pada hari Khamis, 15 Zulhijjah 1430 Hijrah bersamaan 03 Disember 2009 Masihi, satu majlis pelancaran iaitu SMS Brunei Prihatin bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) diadakan di Dewan Serbaguna, Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Jalan Kebangsaan.

 

Tujuan utama bagi mengadakan SMS Brunei Prihatin bagi DANA ini adalah untuk meningkatkan rasa pemedulian dan kasih sayang dikalangan masyarakat terhadap golongan yang kurang bernasib baik yang memerlukan perhatian dan bantuan khususnya anak-anak yatim. Di samping itu, projek ini juga adalah merupakan salah satu usaha DANA dalam mempelbagaikan cara atau mekanisme kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan mereka khusus kepada anak-anak yatim di negara ini.

 

Projek SMS Brunei Prihatin bagi DANA ini akan berjalan selama lebih kurang 2 bulan (60 hari) iaitu bermula dari 03hb Disember 2009 hingga 31hb Januari 2009. Bagi menjayakan SMS Brunei Prihatin bagi DANA, dua buah syarikat telekomunikasi telah bersedia memberi kemudahan perkhidmatan SMS iaitu DST Group dan Syarikat Telekomunikasi B-Mobile Sdn. Bhd. Orang ramai yang berhasrat untuk membuat sumbangan mereka kepada anak-anak yatim melalui SMS Brunei Prihatin bagi DANA bolehlah memberi sumbangan melalui SMS sama ada B$1.00 atau B$5.00 atau B$10.00 atau B$15.00 atau B$20.00. Setiap SMS yang dikirim khusus bagi sumbangan ini tidak akan dikenakan sebarang caj perkhidmatan oleh kedua-dua syarikat telekomunikasi berkenaan.

 

Bagi pengguna talian DST dan juga pengguna talian B-Mobile yang ingin membuat sumbangan bolehlah menaip kata laluan DANA dan diikuti dengan jumlah sumbangan (1 atau 5 atau 10 atau 15 atau 20) tanpa jarak dan menghantarnya ke nombor 38111. Misalnya : DANA5 (bagi sumbangan B$5.00). Sementara itu, sumbangan melalui ´wap portal´ masih lagi diteruskan sebagai kemudahan bagi pengguna talian B-Mobile.

 

Di samping itu, Projek SMS Brunei Prihatin bagi DANA ini juga turut disokong oleh Jabatan Radio dan Televisyen Brunei (RTB) selaku penyalur maklumat kepada orang ramai. Setiap kutipan yang diterima melalui SMS ini akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa melalui rangkaian radio dan televisyen RTB.

 

Sejurus kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan hasil kutipan daripada SMS Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2008-2009 yang telah berjaya membuat kutipan dari orang ramai sebanyak B$109,981.00. Sebahagian daripada jumlah tersebut iaitu sebanyak B$71,691.00 disampaikan oleh Yang Mulia Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Yusof, Ahli Lembaga Pengarah DST Group dan sebahagiannya pula iaitu sebanyak B$38,290.00 disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Othman bin Haji Yaakub, Pengarah Syarikat Telekomunikasi B-Mobile Sdn. Bhd.

 

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Sumbangan DANA dalam bentuk kupon sebanyak 1,903 keping untuk pembelian Peralatan dan Keperluan Persekolahan Anak-Anak Yatim DANA Bagi Tahun 2010 kepada Pegawai Daerah/Wakil dari ke empat-empat Daerah yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA. Setiap seorang anak yatim yang berdaftar di Sekretariat DANA akan diberikan sumbangan berbentuk kupon yang bernilai sebanyak B$50.00. Kupon-kupon ini sah ditukarkan/digunakan di kedai-kedai yang telah dikenalpasti oleh DANA iaitu kedai-kedai yang membekalkan buku-buku latihan, buku-buku kerja, peralatan tulis, pakaian sekolah, beg dan kasut sekolah serta kedai-kedai yang membekalkan barang-barang keperluan harian kanak-kanak (bagi anak yatim yang belum bersekolah).

 

Selepas itu ialah Majlis Penyampaian Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang DANA 2009 (AIPC-DANA 2009) kepada pelajar-pelajar dari golongan anak-anak yatim DANA yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2008 yang juga disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Pelajar-pelajar yang menerima anugerah tersebut adalah seperti berikut:

 

  1. Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah 6 (SSSRU)

  2.  

    Bil

    Nama Anak Yatim

    Anugerah Bagi Setiap Seorang

    1

    Awang Muhammad Afeef bin Haji Mashor

    • 1 Sijil Penghargaan
    • 1 unit komputer (jenis desktop) berserta mesin pencetak
    • Wang tambahan sebanyak B$500.00 dikreditkan terus ke Akaun DANA

     

  3. Penilaian Sekolah Rendah (PSR)
  4.  

    Bil

    Nama Anak Yatim

    Anugerah Bagi Setiap Seorang

    1

    Dayang Iman Hazira binti Awang Jamil

    • 1 Sijil Penghargaan
    • 1 unit komputer (jenis desktop) berserta mesin pencetak
    • Pakej kemudahan belajar untuk selama 2 tahun bagi pembelian pakaian dan buku-buku sekolah berbentuk wang tunai bernilai B$400.00

    2

    Awang Muhd Pauzan bin Dato Paduka Haji Sulaiman

    3

    Dayang Nur Aqillah binti Mohd Sofian

    4

    Dayang Siti Nur Atiqah binti Mohd Alias

    5

    Awang Lim Yie Luen

     

  5. Penilaian Menengah Bawah (PMB)
  6.  

    Bil

    Nama Anak Yatim

    Anugerah Bagi Setiap Seorang

    1

    Dayang Maz´irene Nurezzah binti Noor Azam

    • 1 Sijil Penghargaan
    • 1 unit komputer (jenis desktop) berserta mesin pencetak
    • Pakej kemudahan belajar untuk selama 2 tahun bagi pembelian pakaian dan buku-buku sekolah berbentuk wang tunai bernilai B$540.00

    2

    Dayang Izzah binti Awang Haji Ahmad

    3

    Awang Muhammad Hanif bin Sooni

    4

    Awang Muhd Nasrul Hazim bin Dato Paduka Haji Sulaiman

     

  7. Peperiksaan GCE ´O´ Level
  8.  

    Bil

    Nama Anak Yatim

    Anugerah Bagi Setiap Seorang

    1

    Awangku Haji Mohammad Nadhir Aqil bin Pengiran Mohd Anuar

    • 1 Sijil Penghargaan
    • 1 unit komputer (jenis desktop) berserta mesin pencetak
    • Pakej kemudahan belajar untuk selama 2 tahun bagi pembelian pakaian dan buku-buku sekolah berbentuk wang tunai bernilai B$760.00

    2

    Dayang Mek Ke Jing

 

Seterusnya majlis diikuti dengan pelancaran SMS Brunei Prihatin Bagi DANA Tahun 2009-2010 oleh tetamu kehormat majlis Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim.

 

Turut hadir di majlis ini ialah pegawai-pegawai kanan Radio dan Televisyen Brunei, Pegawai-pegawai kanan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, pegawai-pegawai dari DST Group dan Syarikat Telekomunikasi B-Mobile Sdn. Bhd. serta sebahagian para penyumbang DANA.

 

top