Back
Next
title

Majlis Memulakan Tiang Rumah Bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Awang Haji Nudin bin Jamadil@Jamadin

pic

 

 

"Yang Mulia Dr Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menyempurnakan majlis"

 

 

 

 

 

Pembinaan rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada mereka yang kurang berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mewujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni.

 

Pada hari Selasa, 15 Zulkaedah 1430H bersamaan 3 November 2009M, majlis memulakan tiang rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah diadakan di Kampong Putat, Daerah Brunei dan Muara.

 

Rumah bantuan ini adalah bagi Awang Haji Nudin bin Jamadil@Jamadin berusia 69 tahun. Beliau adalah seorang duda dan tidak mempunyai sebarang pendapatan melainkan elaun pencen tua yang diterima sebanyak B$200.00 sebulan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat. Keadaan rumah tempat tinggal beliau yang ada sekarang berkeadaan daif dan usang.

 

Kos bagi mendirikan pembinaan rumah bantuan tersebut menelan belanja sebanyak B$31,000.00 yang berkonsepkan 2 buah bilik tidur, bilik tamu dan dapur.

 

Hadir bagi menyempurnakan majlis memulakan tiang bantuan ialah Yang Mulia Dr Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Turut sama hadir ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Penghulu Mukim Lumapas, Ketua Kampong dan Pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat.

 

 

top