![]()
"Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud (kiri)
menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima"
![]()
Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang kebajikan adalah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.
Pada hari Khamis, 8 Zulhijjah 1430H bersamaan 26 November 2009M, Yayasan bersama-sama dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan mengadakan majlis penyampaian sumbangan derma kepada mangsa-mangsa kebakaran bertempat di Ibu Pejabat Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jalan Kumbang Pasang.
Di majlis ini, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$9,600.00 kepada 11 buah keluarga yang terdiri daripada 32 orang ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampong Ujong Tanjong, Daerah Brunei dan Muara.
Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan adalah seperti berikut:
Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Ali Hashim bin Haji Daud, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Turut sama menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran tersebut ialah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang disampaikan oleh Yang Mulia Datin Hajah Adina binti Othman, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan Yayasan dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berkenaan serta penerima-penerima sumbangan.