Program Intervensi Pendidikan (PIP) mula diperkenalkan pada tahun 2006. Program ini bertujuan untuk membantu dan membimbing anak-anak dari keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan bagi memastikan mereka dapat meneruskan pengajian dengan sempurna sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Projek pertama yang dikendalikan di bawah PIP adalah mengadakan Kelas Tuisyen dengan tenaga pengajarnya terdiri daripada para sukarelawan yang mempunyai kemahiran mengajar. Setakat ini sasaran peserta bagi Projek Kelas Tuisyen PIP adalah anak-anak penduduk Kampong Bolkiah iaitu terdiri daripada para pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah khususnya pelajar yang dikategorikan mempunyai pencapaian pendidikan yang rendah ´low achievers´.
Kem Motivasi adalah merupakan salah satu projek di bawah PIP. Kem Motivasi ini dikendalikan pada musim cuti persekolahan dan ia bertujuan bagi membina jati diri serta mencungkil dan menjana potensi para perserta supaya menjadi warga yang beriman, berdisiplin, berkeyakinan, bertanggungjawab dan berwibawa. Projek ini dijayakan oleh para sukarelawan yang terdiri daripada para belia khususnya mereka mempunyai kemahiran dalam mengendalikan program perkhemahan dan motivasi.
| Berita | |
| 18 Sept 2009 | Majlis Sembahyang Hajat dan Membaca Yasin |
| 22 Jun 2009 | Program Motivasi Belajar Sehari Suntuk "Mengharungi Dunia Globalisasi" |