Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Timbalan Pengerusi 1 Lembaga Pengarah Yayasan (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir (kiri)

"Timbalan Pengerusi 1 Lembaga Pengarah Yayasan (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir (kiri)"

Pada pagi Rabu, 12 Safar 1434H bersamaan 26 Disember 2012, Yayasan menyampaikan beberapa sumbangan berikut:

1. Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam menerima sumbangan kewangan sebanyak B$50,000.00. Sumbangan ini adalah merupakan sumbangan tahunan Yayasan kepada Pusat berkenaan iaitu bagi tahun 2010. Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berfungsi menyediakan perkhidmatan dan latihan kepada insan-insan istimewa yang kurang upaya dari segi anggota dan intelek untuk membolehkan mereka mencapai potensi ke tahap maksimum. Yayasan telah memberikan sumbangan tahunan sebanyak B$50,000.00 setahun kepada Pusat ini iaitu bermula pada tahun 2001 dimana bertujuan bagi memberi sokongan kepada Pusat ini dalam mengendalikan perkhidmatannya. Sumbangan diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Alimin bin Haji Abdul Wahab, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

2. Persatuan Bagi Pengurusan Autism Dalam Latihan, Pendidikan Dan Sumber (SMARTER) Brunei menerima sumbangan kewangan sebanyak B$50,000.00. Sumbangan dari Yayasan ini adalah bagi membantu membiayai pengurusan dan pengendalian kegiatan-kegiatan Persatuan SMARTER Brunei. Persatuan SMARTER Brunei ialah persatuan bagi sekumpulan ibu-bapa yang mempunyai anak yang menghidapi autisma. Sumbangan diterima oleh Yang Mulia Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman, Yang di-Pertua Persatuan SMARTER Brunei.

3. Sumbangan kewangan berjumlah B$400.00 disampaikan kepada keluarga Awang Zambri bin Abdul Nasir yang terlibat dalam kejadian angin kencang di Kampong Delima Satu.

4. Sumbangan kewangan keseluruhannya berjumlah B$16,300.00 disampaikan kepada 8 buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah seperti berikut:

Kampong Lamunin
Awang Haji Ali bin Jambol

Kampong Sungai Hanching
Dayang Angelia Wong

Kampong Pancha Delima
Dayang Alizah binti Abdullah
Muhd Shairi bin Abdullah Tinging
Muhd Siful Islam bin Abdullah Yung
Awang Jopri bin Yusuf

Kampong Kapok
Awang Sapree bin Haji Ahmad
Awang Samat bin Haji Awang Hidup

5. Kejadian bencana banjir dan tanah susur yang berlaku pada awal bulan Disember lalu telah menjejaskan banyak rumah di beberapa buah mukim di Daerah Brunei dan Muara. Sumbangan kewangan keseluruhannya berjumlah B$85,000.00 disampaikan kepada seramai 170 buah keluarga (rumah) yang terlibat dalam kejadian tersebut yang berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kesemua sumbangan Yayasan pada pagi ini disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Timbalan Pengerusi 1 Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086