Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan (kiri)

"Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan (kiri)"

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Keprihatinan Yayasan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik dan sangat memerlukan adalah selaras dengan dasar penubuhannya.

Pada petang ini, 19 Rabiulawal 1434 bersamaan 31 Januari 2013, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$94,200.00 kepada 24 buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran dan 8 buah keluarga yang mengalami kerosakan akibat kejadian kebakaran tersebut di Kampong Setia 'A', Daerah Brunei dan Muara pada 26 Januari 2013 yang lalu.

Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:

  1. Dayang Limah binti Haji Sulaiman
  2. Awang Fauzi bin Haji Ahmad
  3. Awang Abdul Rahman bin Haji Julaihi
  4. Dayang Hajah Pisah binti Tasim
  5. Dayang Norsidah binti Haji Damit
  6. Awang Haji Kadir bin Haji Ajak
  7. Dayang Sarinah binti Haji Kadir
  8. Awang Fadzilah binti Haji Kadir
  9. Awang Ludin bin Haji Kadir
  10. Awang Kassim bin POKKDP Haji Ali
  11. Awang Mas Hairul Rizal bin Ibrahim
  12. Awang Md Nazri bin Husin
  13. Awang Md Dani bin Samad
  14. Awang Hamizan bin Kassim
  15. Awang Suhaili bin Haji Metali
  16. Awang Zulazmi bin Abas
  17. Awang Md Azlan bin Wasli
  18. Awang Rani bin Mohd Salleh
  19. Awang Haji Jalil bin Tuba
  20. Awang Haji Duai bin Limin
  21. Awang Jaliadi bin Besar
  22. Awang Haji Khairul bin Haji Duai
  23. Dayang Saidah binti Haji Budin
  24. Awang Haji Budin bin Mahmud
  25. Awang Md Asroiani bin Awang Haji Pundat
  26. Awang Aladin bin Abd Karim
  27. Awang Supian bin Haji Jalil
  28. Awang Haji Asli bin Haji Mamut
  29. Dayang Intan binti Haji Moksin
  30. Awang Haji Ghani bin Haji Agai
  31. Dayang Hajah Kartini binti Awang Haji Piut
  32. Dayang binti Haji Mamut

Selain daripada sumbangan di atas, Yayasan juga menghulurkan sumbangan kewangan bagi keperluan asasi kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut keseluruhannya berjumlah B$4,800.00 dan juga sumbangan kewangan bagi alat bantuan persekolahan keseluruhannya berjumlah B$4,250.00 kepada seramai 34 orang pelajar yang menuntut di sekolah rendah dan menengah.

Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Juga hadir adalah Pengarah Urusan, Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan, pegawai dan kakitangan Yayasan.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086