Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ┬┤Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Selaras dengan tujuan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi memeduli kebajikan dan kesejahteraan rakyat, pada hari Selasa, 6 Jamadilawal 1439 bersamaan 23 Januari 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah terus menyampaikan sumbangan peralatan dan keperluan sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2018 kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang memerlukan bantuan.

Sumbangan adalah dalam bentuk kupon bagi pembelian peralatan dan keperluan sekolah dan buku latihan. Seramai 205 orang pelajar dari 66 buah keluarga dari seluruh negara menerima sumbangan tersebut.

Sumbangan ini disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Idris bin Haji Abas, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Hadir bagi menerima sumbangan tersebut ialah para ibu-bapa / penjaga pelajar.

Sumbangan ini dihasratkan bagi memeduli hal ehwal pendidikan pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan di samping meringankan beban perbelanjaan keluarga dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka khususnya bagi persediaan penggal awal persekolahan tahun 2018.

Pelajar-pelajar hari ini merupakan kumpulan yang ke-9 yang menerima bantuan bagi tahun persekolahan 2018 ini. Sebelum ini iaitu pada awal bulan Disember 2017, bantuan peralatan sekolah telah diberikan kepada seramai 820 orang pelajar yang terdiri daripada tujuh kumpulan, dan pada 19 Januari 2018 seramai 175 orang pelajar dari kumpulan ke-8 lagi telah menerima sumbangan yang sama.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086