Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ┬┤Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Pada hari Selasa, 29 Rabiulakhir 1439H bersamaan 16 Januari 2018M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersama-sama Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyerahkan rumah bantuan kepada Awang Asbi bin Md Yassin.

Rumah asal Awang Asbi bin Md Yassin di Kampong Sungai Matan, Jalan Kota Batu telah roboh dan tidak selamat untuk didiami. Beliau adalah warga emas tidak mempunyai pekerjaan dan hanya menerima elaun bulanan Pencen Umur Tua (PUT) Jabatan Pembangunan Masyarakat. Beliau masih menanggung seorang isteri, 3 orang anak dan dua orang ahli keluarga.

Jabatan Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara telah mengendalikan urusan pembelian dan tukar milik sebuah rumah terpakai di Kampong Sungai Matan untuk disumbangkan kepada Awang Asbi.

Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan anak kunci rumah yang dibiayai oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Jabatan Pembangunan Masyarakat ialah Yang Mulia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Pemberian rumah bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan secara bersepadu dengan agensi-agensi yang terlibat bertujuan bagi melahirkan semangat kerjasama secara kolektif membantu mempertingkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan penduduk di negara ini iaitu selaras dengan tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086