Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ´Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Pada hari ini, Khamis, 24 Rabiulakhir 1439 bersamaan 11 Januari 2018, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bertempat di Kubah Makam Diraja, Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Yang Ke-25 Tahun.

Berangkat di Majlis ini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Bacaan Yasin dan tahlil diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

Juga hadir di Majlis ini ialah Ahli-Ahli Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim; pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; guru-guru Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta penduduk-penduduk Rancangan Perumahan Kampong Bolkiah ‘A’ dan Kampong Bolkiah ‘B’.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086