Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ´Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Pada hari Khamis, 18 Rabiulawal 1439 bersamaan 7 Disember 2017, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bagi Program Perkhemahan Hijrah Mahabbah Illahi Kali ke-5 bertempat di Auditorium Universiti Sultan Sharif Ali (UNNISA), Gadong.

Penyampaian sijil kepada peserta disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Hadir sama di Majlis ini ialah Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor Universiti Sultan Sharif Ali.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil diselitkan dengan ceramah motivasi “Wanita Solehah” yang disampaikan oleh Dr. Dayang Widad binti Haji Abdul Aziz, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sultan Sharif Ali.

Program Perkhemahan Belia Hijrah Mahabbah Lillah dianjurkan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan dikendalikan oleh Kumpulan Al-Qudwah, iaitu terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UNISSA. Program Perkhemahan ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula dari hari Isnin 4 Disember 2017 sehingga hari Khamis 7 Disember 2017 bertempat di Kolej Kediaman Mahasiswi UNISSA.

Perkhemahan Belia yang bertemakan “Permata atau Kaca” ini disertai oleh seramai 66 orang belia perempuan yang berumur dari 15-18 tahun. Mereka terdiri daripada para pelajar dari Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khatab, Sekolah Menengah Arab Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Sekolah Menengah Katok.

Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keimanan dan jati diri para peserta melalui pendekatan Al-Quran dan As-sunnah, serta menanamkan sikap bertanggungjawab dan amanah di samping menguji kemampuan dan ketahanan mental, emosi dan fizikal setiap peserta. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program perkhemahan ini adalah ceramah motivasi, bengkel kerohanian, aktiviti kepimpinan, gotong royong, sukan dan riadah.

Menyedari peranan golongan belia dalam membimbing masyarakat kearah kebaikan dan kesejahteraan, mereka perlu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam memikul tanggungjawab sebagai pewaris pemimpin di masa akan datang. Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah melaksanakan beberapa usaha dalam mempertingkatkan penglibatan dan penyertaan belia dalam pembangunan masyarakat dengan menyediakan berbagai-bagai skim dan program seperti program perkhemahan belia ini.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086