Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ┬┤Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Pada hari Ahad, 30 Safar 1439H bersamaan 19 November 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di Taman Riadah RPN Kampong Panchor Mengkubau.

Kerja kemasyaratan ini dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampong RPN Kampong Panchor Mengkubau. Antara aktiviti yang dilakukan ialah memotong rumput dan membersihkan kawasan Taman Riadah berkenaan.

Kerja kemasyarakatan ini melibatkan para sukarelawan Yayasan SHHB melalui Jawatankuasa Projek Bantuan Kemasyarakatan dan Kecemasan (PBKK).

Ikut serta dalam aktiviti kemasyarakatan ini adalah seramai 21 orang pelajar daripada Innova Junior College, Singapura yang membuat lawatan ke Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah melalui program sekolah berkenaan iaitu Malay Language Elective Programme (MLEP) Overseas Immersion Trip 2017.

Aktiviti ini bertujuan bagi mendedahkan para pelajar mengenai cara kehidupan masyarakat di negara ini yang masih mengekalkan amalan bergotong royong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan SHHB yang juga Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan SHHB.

Hadir dalam sama-sama melaksanakan aktiviti kemasyarakatan ini ialah Yang Mulia Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Pengarah Urusan Yayasan SHHB; Ahli Majlis Perundingan RPN Kampung Panchor Mengkubau, Biro Wanita RPN Kampung Mengkubau; pegawai dan kakitangan Yayasan SHHB serta para sukarelawan Yayasan SHHB.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086