Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ´Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Pada petang Selasa, 25 Safar 1439 bersamaan 14 November 2017, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan SHHB) menyampaikan sumbangan kepada pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan serta beberapa buah masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

1. Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam

Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam menerima sumbangan kewangan sebanyak B$50,000.00. Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berfungsi menyediakan perkhidmatan dan latihan kepada insan-insan istimewa yang kurang upaya dari segi anggota dan intelek untuk membolehkan mereka mencapai potensi ke tahap maksimum.

Yayasan SHHB telah mula memberikan sumbangan tahunan sebanyak B$50,000.00 setahun kepada Pusat ini sejak tahun 2001 iaitu bertujuan bagi memberi sokongan kepada Pusat ini dalam mengendalikan perkhidmatannya.

Sumbangan Yayasan SHHB ini diterima oleh Yang Mulia Dato Paduka Haji Alimin bin Haji Abdul Wahab, Pemegang Amanah Kanan (Senior Trustee) Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

 

2. SMARTER Brunei

Persatuan Bagi Pengurusan Autism Dalam Latihan, Pendidikan Dan Sumber (SMARTER) Brunei menerima sumbangan kewangan sebanyak B$50,000.00. Persatuan SMARTER Brunei ialah persatuan bagi sekumpulan ibu-bapa yang mempunyai anak yang menghidapi autisma.

Yayasan SHHB telah mula memberikan sumbangan tahunan kepada Persatuan SMARTER Brunei dari sejak tahun 2006. Daripada jumlah sumbangan Yayasan SHHB tersebut, 50% disumbangan kepada Persatuan SMARTER Brunei untuk mengendalikan pengurusan dan menyediakan keperluan bagi pengendalian kegiatan pengajaran dan pembelajaran khusus bagi anak-anak autistik. Manakala 50% lagi adalah untuk pembayaran yuran pendidikan yang dikenakan oleh SMARTER Brunei bagi mengajar anak-anak autisme daripada keluarga yang mempunyai pendapatan rendah.

Pada tahun 2015, Yayasan SHHB memberikan sumbangan kewangan berjumlah B$50,000.00 bagi menaja pembinaan 5 buah bilik darjah di Pusat SMARTER, Kampong Mata-Mata.

Sumbangan Yayasan SHHB di majlis ini diterima oleh Yang Mulia Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman, Yang Di-Pertua Persatuan SMARTER Brunei.

Nota:
SMARTER - Society for the Management of Autism Related issues in Training, Education and Resources

 

3. Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR)

Yayasan SHHB menyumbangkan sebanyak B$34,400.00 kepada Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) bagi menerbitkan sebuah buku sejarah bertajuk “Kegemilangan Pemerintahan” sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Sumbangan Yayasan SHHB di majlis ini diterima oleh Yang Mulia Prof. Madya Dr. Haji Asbol bin Haji Mail, Setiausaha Kehormat PESEBAR.

 

4. Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI)

i. Yayasan SHHB menyumbangkan sebanyak B$12,000.00 kepada Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) bagi menaja sebahagian perbelanjaan mengadakan Perhimpunan Sasterawan Budayawan Negara Serumpun (PSBNS) kali ke-4. Pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah buat kali pertama menganjurkan perhimpunan ini yang disertai oleh ahli PSBNS yang lain iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Perhimpunan ini dijangka akan diadakan pada 17-22 November 2017.

ii. ASTERAWANI juga menerima sumbangan tajaan daripada Yayasan SHHB sebanyak B$5,000.00 bagi membiayai sebahagian perbelanjaan menganjurkan Baca Puisi Antarabangsa Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta.

Sumbangan Yayasan SHHB di majlis ini diterima oleh Yang Mulia Haji Jawawi bin Haji Ahmad, Ketua II ASTERAWANI.

 

5. Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU)

Yayasan SHHB menyumbangkan sebanyak B$5,000.00 kepada Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) bagi menaja sebahagian perbelanjaan mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Piala Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2017 sempena menyambut Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Sumbangan Yayasan SHHB di majlis ini diterima oleh Yang Mulia Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran DSLJ Haji Abas, Presiden PESTABARU.

 

6. Special Olympics Brunei Darussalam (SOBD)

Yayasan SHHB menyumbangkan sebanyak B$6,330.00 kepada Special Olympics Brunei Darussalam (SOBD) bagi menaja sebahagian perbelanjaan mengadakan Kejohanan Bolasepak Piala Borneo kali ke-10 dan “Unified” A Special Olympics yang pertama di Negara Brunei Darussalam.
Kejohanan ini akan berlangsung dari 16 hingga 19 November 2017 dan negara-negara lain yang akan menyertai kejohanan ini ialah Negeri Sarawak, Negeri Sabah, Persekutuan Wilayah Labuan, dan Kalimantan, Indonesia.

Sumbangan Yayasan SHHB di majlis ini diterima oleh Yang Mulia Lt. Col. (B) Pengiran Haji Rambli bin Pengiran Haji Bunut, Pengerusi SOBD.

 

7. Majlis AIDS Brunei Darussalam

Yayasan SHHB menyumbangkan sebanyak B$800.00 kepada Majlis AIDS Brunei Darussalam bagi membiayai sebahagian perbelanjaan mengadakan Majlis Forum sempena memperingati Hari AIDS Sedunia bagi tahun 2017 yang akan diadakan pada 2 Disember 2017.

Tujuan Majlis Forum ini diadakan adala bagi memberikan pendedahan, meningkatkan kesedaran dan mendidik orang awam mengenai penyakit HIV & AIDS termasuk isu-isu sosial yang berkaitan.

Sumbangan Yayasan SHHB di majlis ini diterima oleh Yang Mulia Awang Mohamad Hazrin bin Daud, Naib Yang Di-Pertua (Pentadbiran) Majlis AIDS Brunei Darussalam.

 

8. Sebahagian masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara

Sebanyak 47 buah masjid, surau dan balai ibadat menerima sumbangan kewangan khusus bagi mengadakan majlis atau aktiviti sempena Maulidur Rasul Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bagi tahun 1439H/2017M. Jumlah sumbangan kewangan yang diberikan keseluruhannya ialah sebanyak B$39,450.00.

DAERAH JUMLAH MASJID JUMLAH SUMBANGAN
Brunei dan Muara 17 buah B$15,300.00
Tutong 17 buah B$13,200.00
Belait 4 buah B$3,000.00
Temburong 9 buah B$7,950.00
Jumlah Keseluruhan 45 buah B$39,450.00

Sumbangan-sumbangan tersebut diterima oleh imam-imam masjid, surau dan balai ibadat berkenaan.

 

Sumbangan-sumbangan pada petang ini disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086