Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ´Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Pada hari Ahad, 10 Muharram 1439H bersamaan 1 Oktober 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengendalikan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah iaitu khusus bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Daerah Brunei dan Muara yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan.

Kelas tuisyen PIP Yayasan menumpukan pembelajaran mata pelajaran teras bagi memastikan para pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan supaya mereka mendapat peluang terbaik dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, mata pelajaran Al-Quran dan amali ugama juga diserapkan dalam program PIP ini bermula pada tahun 2014 yang dipanggil dengan Projek Tahsin.

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaasin beramai-ramai dan bacaan Doa Yaasin yang diketuai oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

Majlis diikuti dengan bacaan Surah-Surah Lazim oleh pelajar-pelajar di bawah Projek Tahsin Al-Quran dan Amali Ugama, PIP Yayasan.

Seterusnya majlis diteruskan dengan Menandatangani Perjanjian Biasiswa Bagi Melanjutkan Pelajaran Ke Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Pelajar bagi sesi 2017-2021 antara pihak Yayasan dengan dua (2) orang pelajar terpilih. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada para peserta Projek Kelas Tuisyen PIP bagi tahun lepas yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PSR 2016. Melalui biasiswa ini mereka diberikan keistimewaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan semua kos perbelanjaan dibiayai oleh Yayasan bermula pada sesi persekolahan tahun 2017. Mereka ialah Dayang Nurul Nadia binti Awang Khairul Anuar
(dari Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil) dan Dayang Nurul Mardyah binti Awang Ja’afar (dari Sekolah Rendah Sungai Kebun).

Menandatangani bagi pihak Yayasan ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Pengarah Urusan Yayasan dan Yang Mulia Awang Haji Musthapa bin Haji Matahir, Penolong Pengarah Urusan Yayasan. Penandatanganan disaksikan oleh tetamu kehormat, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada tiga buah institusi pengajian yang digunakan sebagai Pusat Tuisyen PIP di Daerah Brunei Muara yang disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan yang juga selaku Pengerusi Bersama PIP, Jawatankuasa Sukarelawan Yayasan. Institusi pengajian tersebut adalah seperti berikut:
• Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
• Institusi Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam
• Pusat Tingkatan Enam Sengkurong

Hadir di majlis ini ialah Pegawai-pegawai Yayasan, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama serta pengetua-pengetua dan guru-guru besar sekolah yang terlibat.

Majlis yang sama juga turut diadakan di ke empat-empat Daerah seluruh negara iaitu di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam bagi pelajar yang mengikuti kelas tuisyen di bawah PIP Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Daerah Tutong; Masjid Kampong Pandan 7 bagi pelajar di Daerah Belait; dan Dewan Serbaguna, Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara bagi pelajar di Daerah Temburong.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Kumbang Pasang
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086