Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ´Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Pada hari Selasa, 05 Muharram 1439H bersamaan 26 September 2017M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyampaikan sumbangan kewangan kepada dua buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di RPN Kampong Lambak Kanan, Mukim Berakas ‘B’ dan Kampong Sumbiling Lama, Mukim Kianggeh. Jumlah keseluruhan sumbangan ialah B$21,500.00.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan adalah seperti berikut :

Kampong Sumbiling Lama, Mukim Kianggeh
1. Dayang Hajah Siti Zaliha binti Haji Maidin
2. Dayang Jurinahwati binti Nudin
3. Awang Asmadi bin Zainal
4. Awang Mohammad Adika bin Mohammad Nasir Meling

Penyampaian sumbangan diadakan di No.4D, Tingkat 4, Kampong Berangan, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

RPN Kampong Lambak Kanan, Mukim Berakas ‘B’
1. Dayang Hamisah binti Haji Tengah
2. Awang Shahrin bin Haji Abd Latif
3. Awang Mohd Shamrin bin Haji Abd Latif

Penyampaian sumbangan diadakan di No.11, Simpang 508, Jalan Jerudong (Rumah Teres), Negara Brunei Darussalam.

Memberikan sumbangan kewangan kepada golongan yang ditimpa musibah termasuk mangsa kebakaran merupakan salah satu bantuan kebajikan yang dilaksanakan oleh Yayasan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa. Sumbangan ini dihasratkan dapat meringankan beban mereka dalam menerukan kehidupan.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086