Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ´Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Pada hari Isnin, 26 Zulhijjah 1438 bersamaan 18 September 2017, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat Bagi Penerima Anugerah Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian tahun 2017/2018 bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Bangunan Yayasan, Bandar Seri Begawan.

Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat Bagi Penerima Anugerah Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan adalah kesinambungan daripada Majlis Penganugerahan Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Haji Hassanal Bolkiah 1438H/2017M yang juga telah berlangsung hari ini bertempat di Istana Nurul Iman.

Seramai tiga orang penuntut menerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2017/2018 ini, manakala seorang penuntut menerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Haji Hassanal Bolkiah bagi meninggikan tahap pengajian. Mereka ialah:

• Awang Muhammad ‘Azim Bin Abdul Hadi yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan Lughah Arabiah di Universiti Al-Azhar, Mesir.

• Dayang Amal Aqilah Fathiah binti Haji Abdullah yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan ‘Veterinary Medicine’ di University of Cambridge, United Kingdom.

• Awang Teo Zhi Perng yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan ‘Materials Science and Engineering’ di Imperial College London, United Kingdom.

dan

• Dayang Nurul Syadirah binti Awang yang meninggikan tahap pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang “International Public Policy” di University College London, United Kingdom.

Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Awangku Muhammad Wafiuddin bin Pengiran Haji Zulkarnain. Aturcara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Acara Majlis diteruskan dengan menandatangani perjanjian penerimaan biasiswa bagi keempat-empat penerima tersebut. Para penerima biasiswa akan menandatangani perjanjian tersebut bersama dengan dua orang penjamin yang terdiri dari ibu bapa mereka atau ahli keluarga terdekat. Manakala bagi pihak Yayasan pula, penandatanganan dilakukan oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Pengarah Urusan Yayasan bersama dengan Yang Mulia Dayang Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa, Penolong Pengarah Urusan Yayasan dengan disaksikan oleh tetamu kehormat majlis.

Majlis pada petang ini diteruskan dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan khusus bagi penerima-penerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang akan bertolak dari Negara Brunei Darussalam pada akhir bulan September ini.

Turut hadir di majlis ini ialah sebahagian Timbalan-Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu Bagi Perlaksanaan Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Bagi Perlaksanaan Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan, para ibu bapa dan ahli keluarga penerima anugerah, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Adalah menjadi harapan dengan adanya biasiswa seumpama ini akan dapat melahirkan pemimpin yang cemerlang, menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara serta menjadi generasi penerus yang akan membarisi tampuk kepimpinan bagi kepentingan ugama, raja dan negara.

Skim biasiswa Sultan’s Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertujuan untuk melahirkan kemuncak kecemerlangan di kalangan pelajar rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berpelajaran tinggi, berkemahiran dan berdisiplin tinggi yang mampu menerajui pembangunan negara pada masa akan datang. Tujuan ini sejajar dengan salah satu matlamat Wasawan 2035 iaitu menjadikan Negara Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia dengan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. Sehingga tahun ini, sejumlah 46 orang penuntut telah dianugerahkan biasiswa tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 2006.

Satu lagi perkembangan yang telah dicapai melalui skim biasiswa ini bilamana Yayasan SHHB memperkenalkan skim meninggi tahap pengajian sehingga ke peringkat Doktor Falsafah bermula pada 2013. Seramai enam orang penerima biasiswa telah di sokong untuk mengikuti skim meninggi tahap pengajian ini.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086