Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ´Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengenalkan pelbagai program bagi pembangunan kapasiti manusia untuk merealisasikan Wawasan 2035 ke arah rakyat berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya bagi mencapai taraf kehidupan yang berkualiti tinggi.

Dengan kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Yayasan Baginda juga turut mengendalikan beberapa program pembangunan kapasiti manusia bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan yang seterusnya akan berperanan terhadap kemajuan dan pembangunan Negara seperti Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah merupakan biasiswa yang berprestij dan ia dianugerahkan kepada penuntut-penuntut yang telah dikenalpasti oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai penuntut yang cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar sekolah bagi melanjutkan pengajian mereka ke peringkat sarjana muda sehingga ke peringkat yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang di institusi-institusi pengajian tinggi yang berprestij di luar negara yang dibenarkan oleh Yayasan dan diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Tujuan penyediaan biasiswa “Sultan’s Scholar” adalah untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang, menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara serta menjadi generasi penerus yang akan membarisi tampuk kepimpinan bagi kepentingan Ugama, Raja dan Negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penganugerahan biasiswa “Sultan’s Scholar” bermula pada tahun 2006 iaitu bagi sesi pengajian tahun 2006/2007. Sehingga tahun 2016, seramai 43 orang pelajar telah menerima anugerah ini.

Bermula pada tahun 2013, Yayasan telah memperluaskan skim biasiswa “Sultan’s Scholar” untuk skim meninggikan tahap pengajian sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. Sehingga tahun 2016, seramai empat orang menerima biasiswa bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dan dua orang lagi menerima biasiswa bagi meninggikan tahap pengajian ke peringkat Sarjana.

Majlis Penganugerahan Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Sesi Pengajian 2017/2018 telah diadakan pada 26 Zulhijjah 1438H bersamaan 18 September 2017M bertempat di Istana Nurul Iman, Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi menyempurnakan anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ini. Turut berkenan berangkat ke majlis ini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Pada tahun ini, seramai tiga orang penuntut telah berjaya menerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2017/2018 manakala seorang penuntut menerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi meninggikan tahap pengajian. Mereka ialah Awang Muhammad ‘Azim Bin Abdul Hadi, Dayang Amal Aqilah Fathiah binti Haji Abdullah, Awang Teo Zhi Perng dan Dayang Nurul Syadirah binti Awang Sayang. Mereka ini akan meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di universiti-universiti yang terkemuka di United Kingdom dan Mesir.

Tiga orang penuntut yang menerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2017/2018 ialah:

Awang Muhammad ‘Azim Bin Abdul Hadi adalah lepasan penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah dan melalui biasiswa “Sultan’s Scholar”, beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan Lughah Arabiah di Universiti Al-Azhar, Mesir.

 

Dayang Amal Aqilah Fathiah binti Haji Abdullah adalah lepasan penuntut Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan melalui biasiswa “Sultan’s Scholar”, beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan ‘Veterinary Medicine’ di University of Cambridge, United Kingdom.

 

Awang Teo Zhi Perng adalah lepasan penuntut Pusat Tingkatan Enam Tutong dan melalui biasiswa “Sultan’s Scholar”, beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan ‘Materials Science and Engineering’ di Imperial College London, United Kingdom.

 

Seorang penuntut yang menerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi meninggikan tahap pengajian ialah:

Dayang Nurul Syadirah binti Awang Sayang telah menerima Anugerah Baisiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada pada 25 Zulkaedah 1435H bersamaan 20 September 2014 dan lulus dengan memperolehi B.Sc (Hons) Second Class Upper in Mathematics, Operational Research, Statistics and Economics (MORSE) di University of Warwick, United Kingdom. Pada tahun ini, Dayang Nurul Syadirah menerima biasiswa bagi meninggikan tahap pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang “International Public Policy” di University College London, United Kingdom.

 

Aturcara Majlis Penganugerahan biasiswa “Sultan’s Scholar” dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abd Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan menyempurnakan anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2017/2018 kepada empat orang penerima.

Setelah penyempurnaan anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar”, bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abd Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar ramai dan beramah mesra dengan penerima-penerima anugerah biasiswa “Sultan’s Scholar” dan para ibu-bapa mereka serta para jemputan.

Turut hadir di Majlis ini ialah Ahli-ahli Jemaah Tadbir Yayasan, Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Menteri Hal Ehwal Ugama, Setiausaha-Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu (Steering Committee) Bagi Perlaksanaan Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan SHHB, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja (Working Committee) Bagi Perlaksanaan Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan SHHB, pegawai-pegawai kanan Jabatan Kerajaan yang berkenaan dan pegawai-pegawai kanan Yayasan SHHB, Pengetua-Pengetua dan sebahagian penuntut dari institusi-institusi tingkatan enam diseluruh negara.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086