Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3
Showcase 4
Showcase 5
  • Default
  • Title
  • Date
  • Random
  • Kompleks Bangunan YSHHB

    Tersergam indah di satu kawasan strategik di antara dua mercu tanda utama Bandar Seri Begawan iaitu Sungai Brunei dan Masjid Omar ´Ali Saifuddien, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menjadi tarikan kepada orang ramai dan para pelancong.
    Read More
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak YSHHB

    Penubuhannya adalah atas dasar keperihatinan pentingnya pendidikan kanak-kanak dari peringkat awal lagi bagi pembangunan masyarakat serta sebagai sumbangan Yayasan bagi melahirkan generasi masa depan yang lebih cemerlang.
    Read More
  • Sekolah Rendah YSHHB

    Dengan visi bagi melahirkan individu yang positif serta berkeyakinan tinggi, kurikulum yang diajarkan adalah selaras dengan kurikulum nasional disamping menyerapkan nilai dan aspek pembelajaran yang terdapat dalam kurikulum di Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan.
    Read More
  • Sekolah Menengah YSHHB

    Menyediakan perkhidmatan pendidikan melalui pengajaran secara sistematik dan strategik bagi memberikan perkhidmatan pendidikan peringkat menengah yang terbaik dan berkualiti selaras dengan visi untuk menjadi sebuah Institusi Pendidikan Menengah yang cemerlang.
    Read More
  • Unit Sukarelawan YSHHB

    Unit Sukarelawan ditubuhkan pada 9 Januari 2005 bertujuan bagi menggalakkan semangat dan budaya tolong menolong di kalangan masyarakat dalam memberikan perhatian dan pemedulian terhadap golongan yang memerlukan bantuan dan kurang upaya.
    Read More

Satu satu program yang telah dikendalikan dibawah Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” ialah Program Perkembangan Bagi Penuntut Biasiswa Sultan’s Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Program yang dibentuk pada tahun 2015 ini bertujuan untuk melengkapkan para graduan Sultan’s Scholar dengan pengetahuan dan pengalaman supaya mereka menjadi individu cemerlang sebagai generasi penerus dan pelapis untuk membarisi tampuk pemimpin yang akan menerajui Negara Brunei Darussalam kearah yang lebih sejahtera dengan mengekalkan cara hidup kebruneian yang taat beragama dan setia kepada Raja dan pemimpin selaras dengan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).

Program Perkembangan ini melibatkan para penerima Anugerah Biasiswa “Sultan’s Scholar” yang sedang menuntut, telah selesai pengajian dan ‘alumni’ yang sudah berkhidmat di sektor kerajaan ataupun swasta.

Pada tahun ini, Program Perkembangan “Sultan’s Scholar” mengandungi dua komponen, iaitu Singapore Leg dan Brunei Leg.

Program Singapore Leg dilaksanakan atas kerjasama dan kesafahaman dengan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam serta Singapore Civil Service College yang telah memberi peluang dan pendedahan kepada para peserta Program Perkembangan “Sultan’s Scholar” kepada perlaksanaan jentera perkhidmatan awam di Singapura. Singapore Leg telah dilaksanakan selama 4 hari bermula 4 Julai 2017 hingga 7 Julai 2017. Seramai 12 orang penerima Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” menyertai program ini.

Program Brunei Leg pula mengandungi dua komponen iaitu komponen pertama ialah latihan kepimpinan ‘leadership’ dan pembinaan pasukan ‘team building’ dan dikendalikan dengan kerjasama Trandie Marina Resorts Sdn Bhd yang telah diadakan di Daerah Temburong selama 3 hari bermula 10 Julai 2017 hingga 13 Julai 2017. Komponen kedua ialah program suai kenal (in-country familiarisation programme) ke agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam negara.

Lawatan ke agensi-agensi kerajaan di dalam negara yang dikendalikan dalam Program Brunei Leg telah diadakan selama 2 hari bermula 1 Ogos 2017 hingga 2 Ogos 2017. Pada hari pertama, peserta program telah melawat ke Majlis Ugama Islam Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kewangan. Manakala pada hari kedua pula ialah ke Unit PENGGERAK, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan. Rombongan lawatan ini telah diketuai oleh Yang Mulia Dayang Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa, Penolong Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Seramai 23 orang penerima Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” menyertai program ini.

Majlis Ramah Mesra yang diadakan pada hari Isnin, 21 Zulkaedah 1438H bersamaan 14 Ogos 2017 bertempat di The Rizqun International Hotel adalah bertujuan bagi mendengarkan taklimat (presentation) mengenai hasil dapatan daripada Program Perkembangan yang telah disertai oleh seramai 23 orang penuntut Skim Biasasiswa “Sultan’s Scholar” yang baru selesai mengikuti Program Perkembangan Bagi Penuntut Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2017.


Hadir di Majlis Ramah Mesra ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu “Sultan’s Scholar”. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu dan Jawatankuasa Kerja Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan; Pegawai-Pegawai Kanan Yayasan; dan Alumni & Penuntut-penuntut Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” Yayasan.

Aturcara Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Doa Selamat. Aturcara diteruskan dengan ucapan daripada Awangku Haji Muhammad Zaki bin Pengiran Dato Paduka Haji Zaini, Presiden Persatuan Alumni “Sultan’s Scholar”.

Majlis diikuti dengan taklimat Program Perkembangan “Sultan’s Scholar” 2017 – Singapore Leg yang disampaikan oleh Awang Khong Yu Neng dan Dayang Rabviyatul Adauyah @Zahidah binti Haji Awang. Taklimat Program Perkembangan “Sultan’s Scholar” 2017 – Brunei Leg (Lawatan ke Temburong) disampaikan oleh Dayang Kadrina Abdul Latif binti Abdullah dan Dayang Nur Hafilah Salihah binti Haji Mohd Salleh. Taklimat Program Perkembangan “Sultan’s Scholar” 2017 – Brunei Leg (Lawatan ke agensi-agensi kerajaan) disampaikan oleh Muhammad Ayyub bin Haji Kamaluddin dan Muhammad Shu’aib bin Haji Kamaluddin. Taklimat terakhir ialah daripada Awangku Haji Muhammad Zaki bin Pengiran Dato Paduka Haji Zaini, Presiden Persatuan Alumni “Sultan’s Scholar” yang memberikan taklimat mengenai “alumni actionable plan”.

Adalah dihasratkan inisiatif-inisiatif yang dibangunkan melalui Program Perkembangan, para penerima Skim Biasiswa “Sultan’s Scholar” akan lebih peka terhadap pembangunan dan perkembangan negara sendiri, siap-siaga untuk berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta meningkat kebolehupayaan mereka dengan memainkan peranan utama dalam memacu proses transformasi negara.

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menghargai segala sokongan dan kerjasama padu yang diberikan oleh semua pihak daripada sektor kerajaan, swasta mahupun NGO dan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Negara Brunei Darussalam dalam membantu Yayasan merancang dan melaksanakan Program Perkembangan “Sultan’s Scholar”.

Titah dan Sabda
Majalah Wadah
Galeri Gambar
Galeri Video
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Tabung Derma Khairat
Facebook Page rasmi YSHHB
Facebook Group rasmi BKPYSHHB

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086