Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pada hari Sabtu, 22 Zulhijjah 1437H bersamaan 22 September 2016M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat Bagi Penerima Anugerah Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian tahun 2016/2017 bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Bangunan Yayasan, Bandar Seri Begawan.

Majlis Menandatangani Perjanjian dan Doa Selamat Bagi Penerima Anugerah Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan adalah kesinambungan daripada Majlis Penganugerahan Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Haji Hassanal Bolkiah 1437H/2016M yang juga telah berlangung hari ini bertempat di Istana Nurul Iman.

Seramai empat orang penuntut menerima anugerah biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2015/2016 ini, manakala dua orang penuntut menerima anugerah biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Haji Hassanal Bolkiah bagi meninggikan tahap pengajian. Mereka adalah:

Dayang Kadrina Abdul Latif binti Abdullah yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan 'Biomedical Sciences' di Imperial College London, United Kingdom.

Dayang Hajah Izzatul Faizah binti Dr Haji Mohamad yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan Undang-Undang 'Law' di London School of Economics & Political Science, United Kingdom.

Awang Muhamad Aiman Syafiq bin Haji Ramlee yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan 'Biomedical Engineering' di University College London, United Kingdom.

Dayang Siti Hafizah Al-Haziqah binti Ariffin yang akan meneruskan pengajian dalam jurusan Takhassus Al-Quran Wal Qiraat di Mahad Qiraat, Al Azhar, Shoubra, Mesir.

dan
Dayang Hajah Andi Diinah Kiasatinah binti Haji Alliasim akan meninggikan tahap pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang 'Global Givernance and Ethnics (Political Science) di University College London, United Kingdom.

Awang Tan Zong Hao akan meninggikan tahap pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang 'Civil Engineering' di University of Oxford, United Kingdom.

Hadir selaku tetamu kehormat dimajlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Ilmami bin Haji Othman, Pegawai Hal-Ehwal Masjid. Ini diikuti dengan acara menandatangani perjanjian penerimaan biasiswa bagi keenam-enam penerima tersebut. Para penerima biasiswa akan menandatangani perjanjian tersebut bersama dengan dua orang penjamin yang terdiri dari ibu bapa mereka atau ahli keluarga terdekat. Manakala bagi pihak Yayasan pula, penandatanganan dilakukan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan bersama dengan Yang Mulia Dayang Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa, Penolong Pengarah Urusan Yayasan dengan disaksikan oleh tetamu kehormat majlis.

Majlis diikuti dengan penyampaian insentif daripada Yayasan Sultan Haji hassanal Bolkiah kepada Dayang Nurul Hani binti Haji Mohd Tahir iaitu penerima biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kerana telah mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian dengan mendapat Kepujian Kelas Pertama jurusan 'MEng Aeronautical Engineering' di Imperial College London, United Kingdom. Penyampaian insentif tersebut disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis pada petang ini diteruskan dengan bacaan Doa Selamat bagi memohon keberkatan khusus bagi penerima-penerima anugerah biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang akan bertolak dari Negara Brunei Darussalam pada akhir bulan September ini. Bacaan doa selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Ilmami bin Haji Othman, Pegawai Hal-Ehwal Masjid.

Turut hadir di majlis ini ialah sebahagian Timbalan-Timbalan Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu (Steering Committee) Bagi Perlaksanaan Skim Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja (Working Committee) Bagi Perlaksanaan Skim Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan, para ibu bapa dan ahli keluarga penerima anugerah, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Adalah menjadi harapan dengan adanya biasiswa seumpama ini akan dapat melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berdisiplin dan berbudi bahasa bagi kepentingan jangka masa panjang Ugama, Raja dan Negara.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086