
Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka yang terlibat dalam musibah bencana rumah roboh. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Pada hari Selasa, 27 Zulkaedah 1437H bersamaan 30 Ogos 2016M, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$5,000.00 kepada tujuh ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah roboh di Kampong Burong Pingai Ayer.
Sumbangan kewangan daripada Yayasan ini diterima oleh Haji Awang bin Haji Mat Jair dan disampaikan oleh Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.






