Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Skim Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah merupakan salah satu inisiatif Yayasan dalam mengendalikan program pembangunan kapasiti tenaga manusia bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan yang seterusnya akan berperanan terhadap kemajuan dan pembangunan negara selaras dengan Wawasan Negara 2035 – bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi kearah kehidupan rakyat berkualiti tinggi.

Biasiswa "Sultan's Scholar" adalah merupakan biasiswa yang berprestij dan dianugerahkan kepada penuntut-penuntut yang telah dikenalpasti oleh Yayasan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai penuntut yang cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar sekolah bagi melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang ke peringkat ijazah atau yang sebanding dengannya di institusi-institusi pengajian tinggi yang berprestij di luar negara yang dibenarkan oleh Yayasan dan diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berdisiplin dan berbudi bahasa bagi kepentingan jangka masa panjang Ugama, Raja dan Negara.

Satu lagi program baru telah dikendalikan dibawah Skim Biasiswa "Sultan's Scholar" bermula pada tahun 2015 ialah Program Perkembangan Bagi Penuntut Biasiswa Sultan's Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Program ini dibentuk bertujuan untuk melengkapkan para graduan Sultan's Scholar dengan pengetahuan dan pengalaman supaya mereka menjadi individu cemerlang sebagai generasi penerus dan pelapis untuk membarisi tampuk pemimpin yang akan menerajui Negara Brunei Darussalam kearah yang lebih sejahtera dengan mengekalkan cara hidup kebruneian yang taat beragama dan setia kepada Raja dan pemimpin selaras dengan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).

Majlis Ramah Mesra yang diadakan pada hari Selasa, 27 Zulkaedah 1437H bersamaan 30 Ogos 2016 bertempat di The Horizons Seafood Restaurant, Bandar Seri Begawan adalah bertujuan bagi mendengarkan taklimat (presentation) mengenai hasil dapatan daripada Program Perkembangan yang telah disertai oleh seramai 16 orang penuntut Skim Biasasiswa Sultan's Scholar yang baru selesai mengikuti Program Perkembangan Bagi Penuntut Biasiswa Sultan's Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada awal bulan Ogos lalu. Sebahagian daripada mereka baru menamatkan pengajian, sebahagian lagi sedang bercuti dan sebahagian pula sudah bekerja.

Dalam Program Perkembangan tersebut, seramai 14 orang pelajar menyertai program tersebut di Negara Brunei Darussalam pada 6 Ogos 2016 hingga 12 Ogos 2016 manakala dua orang penuntut telah mengikuti Program '8th Brunei-Singapore Scholars 2016' di Singapura pada 29 Julai hingga 5 Ogos 2016.

Hadir di Majlis Ramah Mesra ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Sultan's Scholar. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu dan Jawatankuasa Kerja Skim Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan; Pegawai-Pegawai Kanan Yayasan; dan Alumni & Penuntut-penuntut Skim Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan.

Aturcara Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Doa Selamat. Aturcara diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar Dayang Nurul Hani binti Haji Mohd Tahir.

Majlis diikuti dengan taklimat Program Perkembangan '8th Brunei-Singapore Defence Scholars 2016' yang disampaikan oleh Dayang Rasyiqah Azimah binti Muhd Nuraiziz dan Dayang Muniratussafiah binti Haji Johar. Taklimat Program Perkembangan "Sultan's Scholar" 2016 disampaikan oleh Awang Khong Yu Neng dan Dayang Hajah Andi Diinah Kiasatinah binti Haji Alliasim.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086