
Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka-mereka yang terlibat dalam musibah bencana kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Pada hari Khamis, 9 Syawal 1437H bersamaan 14 Julai 2016M, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$27,900.00 kepada enam buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di beberapa buah kampong di seluruh negara.
Senarai ketua keluarga mangsa kebakaran yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:
Kampong Sungai Kebun
• Dayang Siti Jarah binti Haji Ering
• Dayang Norsharizahwati binti Mohd Said
• Awang Haji Md Jaafar bin Hj Awang Ering
• Dayang Rosita binti Mohammad
STKRJ Kampong Kilugus, Lumapas
• Awang Amiruddin bin Haji Mumin
• Awang Hamdan bin Haji Daud
Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.






