Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pada hari Jumaat, 25 Ramadan 1437H bersamaan 1 Julai 2016M, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan lawatan kerja yang merupakan projek amal sempena bulan Ramadan di Daerah Tutong keseluruhannya berjumlah B$41,230.00 kepada 30 buah keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan di beberapa buah kampong di Daerah Tutong dengan mengendalikan pengagihan sumbangan berbentuk kewangan, peralatan, barang keperluan asasi dan makanan.

Projek amal menghulurkan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan ini bertujuan bagi membantu keluarga ini dalam menyediakan keperluan keluarga di bulan Ramadan supaya mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan selesa dan sempurna. Bantuan ini juga dihasratkan dalam menyediakan keperluan menjelang hari raya nanti.

Yayasan turut memberikan sumbangan peralatan keperluan pesakit khusus untuk sebahagian penerima yang memerlukan.

Projek pada hari ini juga dikendalikan dengan kerjasama rakan strategik Yayasan iaitu Persatuan Pacuan Empat Roda Brunei Darussalam (4WD NBD) dalam menyediakan pengangkutan. Dalam kesempatan ini juga, Syarikat Brunei Press Sdn Bhd menyumbangkan sebanyak 400 kotak berupa confectionery kepada 30 buah keluarga tersebut.

Rombongan lawatan kerja Projek Amal Sempena Ramadan ini diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.

Turut serta dalam rombongan ini ialah Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan; pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan serta pegawai dan kakitangan Yayasan.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086