Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengenalkan pelbagai program bagi pembangunan kapasiti manusia untuk merealisasikan Wawasan 2035 ke arah rakyat berpendidikan dan berkemahiran tinggi dan kehidupan rakyat berkualiti tinggi.

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ialah merupakan wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli keluarga baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.

Dengan kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah melalui Yayasan Baginda juga turut mengendalikan beberapa program pembangunan kapasiti manusia bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahunan yang seterusnya akan berperanan terhadap kemajuan dan pembangunan Negara misalnya Skim Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Biasiswa "Sultan's Scholar" adalah merupakan biasiswa yang berprestij dan ia dianugerahkan kepada penuntut-penuntut yang telah dikenalpasti oleh Yayasan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai penuntut yang cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar sekolah bagi melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang ke peringkat ijazah atau yang sebanding dengannya di institusi-institusi pengajian tinggi yang berprestij di luar negara yang dibenarkan oleh Yayasan dan diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Tujuan penyediaan biasiswa "Sultan's Scholar" adalah untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berdisiplin dan berbudi bahasa bagi kepentingan jangka masa panjang Ugama, Raja dan Negara.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penganugerahan biasiswa "Sultan's Scholar" bermula pada tahun 2006 iaitu bagi sesi pengajian tahun 2006/2007.

Majlis Penganugerahan Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Bagi Sesi Pengajian 2015/2016 telah diadakan pada 5 Zulhijjah 1436H bersamaan 19 September 2015M bertempat di Istana Nurul Iman, Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi menyempurnakan anugerah biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ini. Turut berkenan berangkat ke majlis ini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Pada tahun ini, seramai 2 orang penuntut telah berjaya menerima anugerah biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2015/2016 manakala seorang lagi penuntut biasiswa "Sultan's Scholar" akan menerima anugerah bagi meninggikan tahap pengajian ke peringkat Sarjana. Mereka ialah Dayang Rasyiqah Azimah binti Muhammad Nuraiziz dan Dayang Muniratussafiah binti Haji Johar; serta Dayang Liyana Bazilah binti Haji Jamain. Mereka ini akan meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di universiti-universiti yang terkemuka di United Kingdom dan Mesir.

Dayang Rasyiqah Azimah binti Muhammad Nuraiziz adalah lepasan penuntut Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan melalui biasiswa "Sultan's Scholar", beliau akan meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana dalam jurusan 'Natural Sciences' di University College London, United Kingdom.

Dayang Muniratussafiah binti Haji Johar adalah lepasan penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan telah dianugerahkan Biasiswa Kerajaan bagi mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran & Qiraat di Darul Quran. JAKIM, Malaysia (sesi pengajian 2012-2015). Melalui biasiswa "Sultan's Scholar", beliau akan meneruskan pengajian dalam jurusan Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Mahad Qiraat, Shoubra, Al Azhar, Mesir.

Dayang Liyana Bazilah binti Haji Jamain telah menerima Anugerah Baisiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 24 Syawal 1433H bersamaan 12 September 2012M dan lulus dengan memperolehi B.Sc (Hons) First Class in Mathematics with Economics di University College London, United Kingdom. Pada tahun ini, Dayang Liyana Bazilah menerima biasiswa bagi meninggikan tahap pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang 'Comparative Economics and Policy' juga di University College London, United Kingdom.

Aturcara Majlis Penganugerahan biasiswa "Sultan's Scholar" dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abd Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan menyempurnakan anugerah biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi sesi pengajian 2015/2016 kepada ketiga-tiga orang penerima.

Setelah penyempurnaan anugerah biasiswa "Sultan's Scholar", bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abd Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar ramai dan beramah mesra dengan penerima-penerima anugerah biasiswa "Sultan's Scholar" dan para ibu-bapa mereka serta para jemputan.

Turut hadir di Majlis ini ialah Ahli-ahli Jemaah Tadbir Yayasan, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Timbalan Menteri Pendidikan, Setiausaha-Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu (Steering Committee) Bagi Perlaksanaan Skim Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja (Working Committee) Bagi Perlaksanaan Skim Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan, pegawai-pegawai kanan Jabatan Kerajaan yang berkenaan dan pegawai-pegawai kanan Yayasan, Pengetua-Pengetua dan sebahagian penuntut dari institusi-institusi tingkatan enam diseluruh negara.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086