Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pembinaan rumah-rumah bantuan di bawah Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh Yayasan sebagai usahanya bagi mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat di negara ini selaras dengan dasar dan tujuan penubuhannya.

Rumah-rumah bantuan di bawah Skim Perumahan Yayasan adalah dikhususkan kepada saudara-saudara baru dan mereka yang daif dan tidak berkemampuan mendirikan rumah sendiri. Rumah-rumah bantuan ini dikurniakan secara percuma kepada para penerima yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh Yayasan.

Pada hari Khamis 3 Zulhijah 1436H bersamaan 17 September 2015, diadakan majlis memulakan tiang rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Bukit Udal, Daerah Tutong bagi 2 buah keluarga iaitu Dayang Hasmani binti Tawi dan Dayang Dayatirina binti Moksin.

Pembinaan rumah bantuan Skim Perumahan Yayasan kepada mereka yang kurang berkemampuan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan yang selesa, bersih dan selamat bagi mewujudkan kehidupan berkeluarga yang aman dan harmoni.

Dayang Hasmani binti Tawi berusia 43 tahun adalah seorang surirumahtangga dan mempunyai 2 orang anak. Suami beliau adalah warga negara asing dan bekerja sebagai buruh di Kementerian Pertahanan. Dayang Hasmani mempunyai masalah kesihatan kerana menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, masalah pernafasan, buah pinggang dan lain-lain. Rumah yang didiami pada masa ini berkeadaan usang dan tidak selesa apatah lagi dengan keadaan kesihatan Dayang Hasmani.

Dayang Dayatirina binti Moksin adalah seorang ibu tunggal berusia 43 tahun dan menyara seramai 6 orang anak. Dayang Dayatirina adalah seorang penerima bantuan JAPEM sebanyak B$655.00 sebulan. Empat orang dari anak beliau mempunyai kelainan upaya iaitu autistik dan kini menjalani latihan di Pusat SMARTER Brunei. Dayang Dayatirina tidak berkemampuan mendirikan rumah sendiri dan beliau serta anak-anak memerlukan tempat perlindungan yang selesa, selamat dan ruang persekitaran yang lebih kondusif bagi pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan mental yang sihat khususnya bagi anak-anak beliau.

Setiap sebuah rumah bantuan yang dibina dibawah Skim Perumahan Yayasan berkonsepkan 3 buah bilik tidur dan dilengkapi dengan bilik tamu, dapur dan tandas. Rumah-rumah tersebut dijangka siap dalam tempoh 3 bulan.

Hadir bagi menyempurnakan majlis memulakan tiang rumah bantuan ialah Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan.

Turut hadir adalah pegawai Kerajaan yang berkenaan serta pegawai dan kakitangan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086