Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka-mereka yang terlibat dalam musibah bencana rumah roboh dan kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Pada hari Khamis, 26 Zulkaedah 1436H bersamaan 10 September 2015M, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$29,600.00 kepada 12 buah keluarga iaitu 2 keluarga yang terlibat dalam musibah bencana rumah roboh dan 10 buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini.

Senarai ketua keluarga mangsa bencana alam yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:

MANGSA RUMAH ROBOH

Kampong Lurong Dalam
1. Awang Kifli bin Matusin

Kampong Lurong Sikuna
2. Dayang Norizahyanie binti Selasa

MANGSA KEBAKARAN

Kampong Jaya Setia Perpindahan Berakas
1. Dayang Hajah Paramah binti Mat Nor
2. Awang Mohamad Zulaini bin Sulaiman
3. Dayang Noraini binti Haji Metali
4. Dayang Ajiah binti Haji Metali
5. Awang Rahimannissmah bin Haji Mahmud

Flat Anggerek Desa
6. Dayang Siti Norhijjah binti Haji Ahmad

Kampong Mulaut Kilanas
7. Dayang Hajah Hajijah binti Abdullah / Abdul Rahman@Duris Anak Inkas

RPN Kampong Bukit Beruang, Daerah Tutong
8. Awang Nooredham bin Haji Tassim

Kampong Sungai Teraban, Daerah Belait
9. Awang Mohammad Amirruddin bin Ahmad
10. Dayang Marryna binti Haji Kifraweh

 

Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086