Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Skim Biasiswa "Sultan's Scholar" Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah adalah merupakan salah satu inisiatif Yayasan dalam mengendalikan program pembangunan kapasiti tenaga manusia bagi melahirkan generasi yang berilmu pengetahunan yang seterusnya akan berperanan terhadap kemajuan dan pembangunan Negara selaras dengan Wawasan Negara 2035 – bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi kearah kehidupan rakyat berkualiti tinggi.

Biasiswa "Sultan's Scholar" adalah merupakan biasiswa yang berprestij dan dianugerahkan kepada penuntut-penuntut yang telah dikenalpasti oleh Yayasan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai penuntut yang cemerlang dalam bidang akademik dan kegiatan luar sekolah bagi melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang ke peringkat ijazah atau yang sebanding dengannya di institusi-institusi pengajian tinggi yang berprestij di luar negara yang dibenarkan oleh Yayasan dan diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Muli yang bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berdisiplin dan berbudi bahasa bagi kepentingan jangka masa panjang Ugama, Raja dan Negara.

Bermula pada tahun 2013, Yayasan telah memperluaskan Skim Biasiswa Sultan's Scholar dengan memperkenalkan skim meninggi tahap pengajian ke peringkat Doktor Falsafah. Sehingga kini, seramai 3 orang penerima biasiswa telah disokong untuk mengikuti skim meninggi tahap pengajian ke peringkat Doktor Falsafah ini.

Satu lagi program yang dikendalikan dibawah Skim Biasiswa "Sultan's Scholar" pada tahun ini (2015) ialah Program Perkembangan Bagi Penuntut Biasiswa Sultan's Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Program ini dibentuk bertujuan untuk melengkapkan para graduan Sultan's Scholar dengan pengetahuan dan pengalaman supaya mereka menjadi individu cemerlang sebagai genarasi penerus dan pelapis untuk membarisi tampuk pemimpin yang akan menerajui Negara Brunei Darussalam kearah yang lebih sejahtera dengan mengekalkan cara hidup kebruneian yang taat beragama dan setia kepada Raja dan pemimpin selaras dengan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB). Program Perkembangan ini dibahagikan kepada beberapa sub-program yang akan diikuti oleh beberapa kumpulan graduan Sultan's Scholar seperti Program 'Pre-Departure'; Program 'Leadership & Team Building' dan Program 'Internship' (penempatan pelajar).

Majlis Ramah Mesra yang diadakan pada hari Isnin, 23 Zulkaedah 1436H bersamaan 7 September 2015 bertempat di Restoran Tarindak d'Seni, Bandar Seri Begawan dihadiri oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Sultan's Scholar iaitu Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam; Ahli-Ahli Jawatankuasa Pandu dan Jawatankuasa Kerja Skim Biasiswa Sultan's Scholar serta Pegawai-Pegawai Kanan Yayasan.

Seramai 14 orang penuntut Skim Biasasiswa Sultan's Scholar yang baru selesai mengikuti Program Perkembangan Bagi Penuntut Biasiswa Sultan's Scholar Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dijemput hadir di Majlis Ramah Mesara ini. Sebahagian daripada mereka baru menamatkan pengajian dan sebahagian lagi sedang bercuti. Dalam Majlis ini mereka akan memberikan taklimat mengenai hasil dapatan daripada Program Perkembangan yang telah mereka sertai pada bulan Ogos lepas.

Dalam Program Perkembangan tersebut, seramai 14 orang pelajar menyertai Program 'Leadership & Team Building' bertempat di Trandie Marina Resort Sdn Bhd, Temburong pada 4 Ogos 2015 hingga 6 Ogos 2015 manakala 9 orang penuntut meneruskan program dengan mengikuti Kursus Public Policy & Management selama 3 hari di Kolej Perkhidmatan Awam Singapura (pada 11 Ogos hingga 13 ogos 2015).

Aturcara Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Doa Selamat. Aturcara diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar Dayang Nurul Hani binti Haji Mohd Tahir dan diikuti dengan taklimat daripada 4 orang penuntut Sultan's Scholar yang telah mengikuti yang telah mengikuti Program Perkembangan Bagi Penuntut Biasiswa Sultan's Scholar iaitu Dayang Rozana binti Awang Mustafa, Dayang Nurul Syadirah binti Awang Sayang, Dayang Ainul Azzura binti Haji Mohd Jaya dan Dayang Durrah Nafeesah binti Haji Idris.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086