Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mubarak ini, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada hari Jumaat, 23 Ramadan 1436 bersamaan 10 Julai 2015 mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Negara Brunei Darussalam. Majlis ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Yayasan di bulan Ramadan.

Berangkat di majlis ini ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Bacaan tahlil diketuai oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Suhaili bin Haji Mohiddin, Timbalan Mufti Kerajaan.

Juga hadir dimajlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Ahli-Ahli Jemaah Tadbir Yayasan; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Timbalan Pengerusi 1 Lembaga Pengarah Yayasan.

Turut hadir ialah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan; guru-guru Sekolah Yayasan serta penduduk-penduduk Rancangan Perumahan Kampong Bolkiah 'A' dan Kampong Bolkiah 'B'.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086