Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Pada hari Selasa, 20 Ramadan 1436 bersamaan 7 Julai 2015, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan yang juga merupakan salah satu aktiviti tahunan Yayasan. Berangkat di majlis ini ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran oleh pembaca-pembaca terdiri dari mualim dan pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB). Ini diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Bertahlil yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohd Hashim bin Haji Abdullah, mualim ITQSHHB.

Doa Khatam dan Tahlil pula dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar, Pemangku Ketua Hakim Syarie dan seterusnya diselajurkan dengan majlis berbuka puasa. Majlis selanjutnya diteruskan lagi dengan sembahyang fardhu Maghrib berjemaah.

Juga hadir dimajlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned,ahli Jemaah Tadbir Yayasan,Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman,Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan,Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim,Timbalan Pengerusi 1 Lembaga Pengarah Yayasan dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim; pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan; serta guru-guru Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086