Text Size
Showcase 1
Showcase 2
Showcase 3

Mesyuarat Penyelarasan Pembahagian Kurma Kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1436 Hijrah / 2015 Masihi pada hari Khamis, 18 Rejab 1436H bersamaan 7 Mei 2015 dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Antara agenda yang dibincangkan di mesyuarat pada hari ini adalah mengenai sistem pengendalian dan pembahagian kurma kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1436 Hijrah / 2015 Masihi dan seterusnya melantik Urusetia dan Ahli-ahli Jawatankuasa Penyelaras Pembahagian Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi yang akan diselenggarakan oleh Yayasan dengan kerjasama Jabatan-Jabatan Kerajaan yang terlibat.

Pada tahun ini, sejumlah 154 ton metrik buah kurma jenis 'Safawy' yang dibekalkan oleh Al Madinah Dates Company, Arab Saudi akan dibahagikan kepada seluruh rakyat dan penduduk yang berugama Islam di Negara Brunei Darussalam dengan tidak menghadkan umur dan taraf kerakyatan (setiap seorang Islam akan menerima satu kotak kecil yang mengandungi 300 gram). Kurma yang dibekalkan dari Al Madinah Dates Company, Arab Saudi dihantar dengan menggunakan kapal laut dan dimuatkan dalam kontina berhawa dingin ('chilled container') iaitu bagi memastikan kesegaran buah kurma berkenaan dan akan dijangka sampai di Pelabuhan Muara pada minggu ketiga bulan Mei 2015.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, sebahagian Pegawai-Pegawai Daerah dan wakil-wakil dari Jabatan Daerah, dan Pegawai-Pegawai Kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Pelabuhan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei serta pegawai-pegawai Yayasan.

Pembahagian kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada tahun ini akan bermula dengan Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma dimana dalam majlis itu nanti buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ini akan diserahkan kepada ketua-ketua kampung diseluruh negara dan mereka kemudiannya (iaitu selepas majlis pelancaran) akan mengagih-agihkan buah kurma tersebut kepada anak-anak buah kampung di bawah jagaan mereka masing-masing.

Sementara itu, bagi anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dalam Majlis Pelancaran Pengagihan Buah Kurma ini nanti, buah-buah kurma tersebut akan diserahkan kepada Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pengarah-Pengarah Unit di Kementerian Pertahanan dan mereka kemudiannya (iaitu selepas majlis pelancaran) akan mengagih-agihkan buah kurma tersebut kepada pegawai dan kakitangan di bawah unit masing-masing.

Begitu juga bagi Pasukan Polis Diraja Brunei, dalam Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma itu nanti, buah-buah kurma tersebut akan diserahkan kepada Pegawai-Pegawai Pemerintah dan Pengarah Formasi-Formasi dan mereka kemudiannya iaitu selepas majlis pelancaran akan mengagih-agihkan buah kurma ini kepada pegawai dan kakitangan di bawah unit masing-masing.

Buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah dihasratkan sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan. Pengurusan pembahagian kurma kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia ini merupakan salah satu projek khas yang diungkayahkan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada setiap tahun.

Titah dan Sabda
Pelan Strategik 2020 2025
Majalah Wadah
Dana Pengiran Muda Mahkota al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim
Tender Documents
Sultan Omar Ali Saifuddien Memorial Lecture
Facebook Page rasmi YSHHB

 


 

Ibu Pejabat

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Jalan Perdana Menteri 
Bandar Seri Begawan BA 1511
Negara Brunei Darussalam

Tel: 2234085 / 2234087 / 2234530 / 2234531
Fax: 2234082 / 2234086