
Salah satu tujuan penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka-mereka yang terlibat dalam musibah bencana rumah roboh dan kebakaran rumah. Bantuan ini dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Pada hari Rabu, 14 Rabiulakhir 1436H bersamaan 04 Februari 2015M, Yayasan menyampaikan sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah B$45,200.00 kepada 16 buah keluarga iaitu sebuah keluarga yang terlibat dalam musibah bencana rumah roboh di Kampong Layong, Daerah Tutong dan 15 buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah di Kampong Setia 'B', Daerah Brunei dan Muara baru-baru ini.
Senarai ketua keluarga mangsa bencana alam yang menerima sumbangan daripada Yayasan pada hari ini adalah seperti berikut:
Kampong Layong, Daerah Tutong
1. Dayang Aminah binti Sumpong
Kampong Setia 'B', Daerah Brunei dan Muara
1. Awang Haji Bangok bin Haji Damit
2. Awang Haji Nordin bin Haji Awang Hitam
3. Awang Haji Raub bun Awang Aman
4. Awang Aman bin Tarip
5. Awang Ajak bin Haji Tuah
6. Awang Mohd Ali bin Liman
7. Awang Mohd Rizal bin Siman
8. Awang Mohd Khairul Izzat bin Abdullah
9. Awang Mohd Alimadi bin Mohd Ali
10. Awang Norhafiz bin Sayang
11. Awang Japar bin Liman
12. Haji Awang Tarip bin Haji Metassan
13. Awang Haji Kamis bin Haji Ibrahim
14. Dayang Herney bin Mohd Ali
15. Awang Azri bin Yasin
Sumbangan-sumbangan daripada Yayasan ini disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Brahim bin Haji Ismail, Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.






